KE GUA MUSANG

Sabtu ni, sebelum Suboh saya akan ke Gua Musang, Kelantan. Bukan kerana nak jumpa Ku Li atau nak masok gua mencari musang. Saya berhajat melawat ladang castor. Kalau ok, nak pakat dengan Yahya Ghani buat kilang minyak castor. Kalau tak nanti, Yahya akan sibuk buat emel palsu. Ha ha.

Nampaknya kaki saya semacam sihat 100%. Dah boleh pakai kasut. Boleh berlagak sikit macam pegawai kali ini. Boleh pandu kereta 120km/jam.

Bila sihat otak mula berjalan. Fikir sana fikir sini. Jalan sana jalan sini. Ha ha. Bila ajak Basir, beliau sentiasa ada misi khas. Nak ajak Dr Majezan, kok kena tutup klinik pula. Nak ajak kekawan di Melaka, tentu tak ada harapan. Akhirnya isteriku menjadi mangsa, kena ikut sama. Kalau tak, basilah mulut selama 6 jam berkereta seorang diri.

Ok, jumpa lagi Isnin hadapan. Dan harap sangat Mansor dah tetapkan tarikh dan tempat kita berjumpa di Pengkalan Balak. Anta bincanglah dengan Tuan Lft Kolonel Basir tu. Maznah tak sabau nak bawa sambal bilis dengan ubi rebus untuk disantap pada petang perjumpaan tu nanti. Saya setakat menengok ajalah ubi tu. Ha ha


19 comments:

maznah said...

Isyallah, kita makan ubi rebus dengan sambal bilis di Pengkalan Balak nanti.

anak tupai said...

Hati-hati memandu.Pesakit kencing manis,kadangkala boleh dpt hypo(kebelai),nnti accident lak!

Anonymous said...

jaga makan. makan ubat seperti yg dinasihatkan oleh doktor, insyallah selamat sampai ke Kelantan.

noorsir said...

moga selamat sampai..beringat sikittu..orang kelantan suka makanan yang manis-manis.nanti datang balik sakit tu.Kalau dapat duit ehsan tu kongsi lah kawan sikit.boleh buka kilang minyak..

kawan beri cadangan said...

Mansor..apakata selain dipengkalan balak tu, awak servey juga resort yg ada kat kuala sungai baru tu(berhadapan dengan sungai linggi). lokasinya bila kita datang dari arah melaka ke PD ,tiba di persimpang tiga tu kita terus je .rasanya tu jalan mati.Saya pasti awak dan basir lebih arif tempatnya.. cuba le

Anonymous said...

salam...Mansor yang dimaksudkan olih kawan beri pandangan tu ialah KM CHALET, sebelahnya pula ada lah INAPAN SAMUDRA milik ipar saya..kalau berhajat bolih "kautim" dengan dia...

anak tupai jakek kok dahe said...

OK gak KM tu,cuba sesiapa tel 063878033,hehehe find out

Mansor said...

Insyaalah, hanya esok (Ahad), saya dijangka ada masa untuk survey. Ape-ape perkembangan akan saya beritau. Walaubagaimana pun terima kasih atas cadangan.
Lagi satu nak beritau kat Shaari... tak payah nak sorok identiti dengan gunakan 'anonymous' lah (posting pada pukul 4.23 pm). Lenggok gaya bahasa kau aku dah tau sape kau... ngaku aje le...

basir said...

SAHABAT KU MANSUR KM CHALET TU RAKAN TENTERA AKU. AKU DAH TEL DIA DAN LEPAS NI HANG FOLLOW UP.HARGA BOLEH DIRUNDING. Buka website www.kmchalet.com. MASTURA DAN MAZNAH tentu sokong dekat dengan Kg Pulau n Lubok redan

Pengurus: Mej (B) Hj. Kamaludin Bin Hj. Ali
Kg. Balik Bukit, Bt. 32 Kuala Linggi, 78200 Kuala Sg. Baru, Melaka
Tel/ Fax: 06-3878033
HP: 012-6544639
Emel: admin@kmchalet.com

maznah said...

Memang dekat dengan kg aku...Kg Pulau......Aku memang sokong, ape2 pun kita tunggu laporan dari MANSOR

Anonymous said...

Aku rasa yg lagi dekat sahabat kita MAZLAN AHMAD, kali ini klu dia tak datang memang tak patut. Basit tolong cont dia lebih awal kalau projek di Pengkalan Balak ni jadi sbb chalet di Kuala Linggi tu dalam area kg dia.

mastura said...

Shaari, kau angkut dak Moktar Salleh dan Maimunah Baba ke re union ni. Kita orang jauh pun boleh sampai. Basir, saya memang suka tempat tu . Bab memasak jangan bimbang , saya dan geng pompuan beres... Mansor cari je satu tarikh hujung minggu dalam bulan Mei.. Nak tunggu semua free tak dapatlah jawapnya. Sapa yang ada hal boleh berjumpa di lain kali.

Mansor said...

Banyak cadangan tempat yang diberikan kekawan. Terima kasih. Setiap tempat ade pro n kont nya. Namun selepas ditimbang, aku rasa tempat yang paling sesuai kali ini ialah di Pengkalan Balak. Sebenarnya untuk reunion kali ini cadangnya tak mau bagi makcik-makcik Munshi memasak. Nak bagi mereka rilek sambil berehat sesama kekawan. Itulah sebab pilih tempat tsb. Tempat-tempat lain tu kita 'reserve'kan untuk perjumpaan tahun 2011. Dan satu kelebihan di Pengkalan Balak ialah sesiapa yang bawak anak kecil macam Karim dan cucu; ade swimmimg pool untuk mereka. Lagi pun di Pengkalan Balak ade banyak warung untuk kaki ngeteh. So, aku nak tetapkan tarikh dulu... amacam kalau kita buat pada 15 Mei 2010-Sabtu(hari belia beb)check-in dan check-out 16 mei 2010 (hari guru)... lagi cantik. Tentang bayaran terpulang..kalau nak datang ngan famili better book satu bilik.. dan kalau nak kongsi ngan kekawan lagi murah. Tentang rate bilik nanti saya e-mailkan pada Ali... ok.

Mansor said...

Tempat yang dicadangkan ialah samada di Kamunting Beach Resort atau Seraya Pantai Chalet. Kadar untuk KBR ialah Standard - RM 100.00, super Standard - RM 110.00 (boleh muat 5 orang), Superior - RM 120.00 (boleh muat 5 orang),Deluxe - RM 130.00, Famili - RM 150.00 (boleh muat 5 orang). Manakala di Seraya Pantai Chalet pula.. Bilik Famili - RM 130.00, bilik Air Cond. - RM 85.00 dan bilik berkipas RM 65.00. Gambar akan saya emailkan kepada Ali. Dr M jangan terperanjat... sudah...

Anonymous said...

aku setuju, tak payah masak, order aje, makanan sampai. tak sabar nak tengok gambar di Kemunting beach resort....

Anonymous said...

ali, cepat buat laporan tempat yg mansor cadangkan tu, aku buka internet dua2 tempat menarik.....

anak tupai jilat aiskrim said...

Oi Mansor apa nak terperanjatnya.Aku lepak disitu dulu tiap minggu bila dtg jengah anak aku masa dia belajar di Matix Londang.

Mansor said...

Ha...ha... akhirnya terbongkar rahsia anak tupai. selama ni aku ingat sape lah geng Munshi yang nak sorok identiti... rupa-rupanya kau Dr M. So macam mana... Ok ke tempat tu..

anak tupai alah asap said...

Mana ada sorok2 pun,aku kena panjat pokok tinggi2 sbb nak elak kena asap rokok,