JUMPA DOKTOR

Pagi tadi ada temujanji dengan doktor di HKL. Ada cadangan nak menjahit peha saya tetapi doktor lain kata tak payah, biar baik sendiri. Bila saya kata, saya dressing sendiri, maka doktor pun membekalkan saya sebeban bahan untuk dressing. Kalau dah habis boleh ambil lagi di HKL. Bagus punya hopspital. Woo.

Sempat berborak dengan pesakit lain tadi. Macam-macam cerita ada. Yang syoknya kesah seorang Cina yang kemalangan lori 24 tahun lalu dan akibatnya terpaksa berkaki palsu. Sejak itulah beliau menjadi pekerja di kedai yang membuat kaki palsu di Kg Pandan, KL. Gaji beliau ketika mula bekerja ialah RM 500. Kini gajinya RM 2,500.00. Begitulah, walau pun kaki sebelah, tetapi dengan kemahiran yang sentiasa meningkat, maka gajinya juga menaik. Lebih tinggi jika berbanding jadi Pak Pacak, setakat RM 800 sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

Saudara Ali,
Kaki palsu ke kaki betul ke jalan hendaklah ke depan..bukan ke belakang. walau apa pun saya yakin semua kawan-kawan selalu mendoakan kesejahteraan saudara. Yang penting jaga makan dan buatlah senaman ringan...
dah setengah abad ni tak perlu le menjamu selera lagi,dah puas makan masa muda2 dulu kan..Jika kita bijak jaga kesihatan,insyaallah kita akan menghadapi hari tua dalam sejahtera dan bahagia..Tapi kata orang kita ada bahagian masing2. Harap2 kita menemui tuhan dengan sempurna dan tidak menyusahkan anak2..Insyaallah !

yaacob said...

Sahabatku saudara Ali,
semoga cepat sembuh dan banyakkan rehat. Kalau gerak selalu takut luka lambat sembuh. Maaf tak dapat ziarah. Insyaalah kalau ada masa kelapangan saya akan ziarah.

majezan said...

Nasihat yg Menteri pun tak nak dengar
;
Rakyat tak faham,yg kos perubatan terlalu tinggi berbanding pendapatan negara.Perokok tegar dtgkan sumbangan cukai RM1000 setahun,kalau perokok menghisap selama 20 tahun sbelum dimasukkan keICU,maka cukai yg dipungut ialah RM20K.Rawatan yg akan diterima ialah RM45K utk rawatan jantung dan paru2.Maka kerajaan rugi 15K.
Kalau kaki dipotong,maka yg kaya ialah pembuat kaki palsu dgn pendapatan 25000.
Itu kes rokok saja,belum lg kes mamak.
Utk guru2 bahasa Melayu,jgn lupa debat bahasa Melayu menggunakan bahasa Indonesia 845pm.Saksikan kehebatan peserta menggunakan bahasa Indonesia dlm debat bahasa Melayu,diadili oleh pengadil2 yg keliru.
Pengadil biasanya keliru,dimana2 pun.

hasan said...

"Lebih tinggi jika berbanding jadi Pak Pacak, setakat RM 800 sahaja"

Saudara Ali Cina kaki palsu tu bermula dengan gaji RM 500 selepas 24 tahun baru mendapatlah RM 2,500. Pendapat saya Pak Pacak lebih baik kerana bermula dgn RM 800 berapakah agaknya selepas 24 tahun? fikir-fikirkan

majezan said...

kalau masuk UMNO dpt 8 juta
tak yah kira