Mansor dah bersembang dengan saya. Nampak bagus idea tentang perjumpaan tahunan kita di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Kos menginapnya murah, mudah nak bakar kambing jika Samiah bagi kambing, mudah Maznah nak balik kampong dan berbagai lagi le hujah kebaikannya.
Acaranya hanya sembang-sembang sahaja. Tetapi kita tak menghalang jika Mat Aris nak bersajak, Rani nak berqasidah, Razak K nak bertahlil dan Zek nak berrselawat. Kalau Dr Majezan nak check gula dan tekanan darah semua orang pun boleh juga. Baru kita tahu siapa bakal umur panjang. Ha ha. Saya harap sangat Dr Majezan buat perkara tu sambil kita sembang-sembang dan makan-makan nanti.
Basir jangan lupa bawa laptop untuk ajar mana-mana kawan yang tak reti beremel, facebook, twitter dan komen di blog.
Norsir dan Sahara siapkan teka teki baik punya. Saya siapkan hadiah biskut kering.
KITA JUMPA RAMAI-RAMAI MEI INI. Mansor akan mengastrologi tarikh terbaik.
Acaranya hanya sembang-sembang sahaja. Tetapi kita tak menghalang jika Mat Aris nak bersajak, Rani nak berqasidah, Razak K nak bertahlil dan Zek nak berrselawat. Kalau Dr Majezan nak check gula dan tekanan darah semua orang pun boleh juga. Baru kita tahu siapa bakal umur panjang. Ha ha. Saya harap sangat Dr Majezan buat perkara tu sambil kita sembang-sembang dan makan-makan nanti.
Basir jangan lupa bawa laptop untuk ajar mana-mana kawan yang tak reti beremel, facebook, twitter dan komen di blog.
Norsir dan Sahara siapkan teka teki baik punya. Saya siapkan hadiah biskut kering.
KITA JUMPA RAMAI-RAMAI MEI INI. Mansor akan mengastrologi tarikh terbaik.
29 comments:
Aku setuju je dekat dengan kampung masing2. Tak ada alasan kalau tak dapat hadir, kata orang sambil menyelam minum air. Sambil jengok orang tua, jengok juga kawan2 lama. Aku sponsor buah pulasan
Bagus juga ideatu..Basir dah bawak pulasan yang laintu kalau banyak buah ,bawak buah aje.. tema kita makan banyak buah-buahan tempatan..Tak payah makanan berat.Semua kan dah berat.Airnya air tanpa gula..kopi o kosong.. teh o kosong dan lain-lain yang kosong.Biar perut kita kosong sikit.Jaga kesihatan..
Slm, Pak Ali, klu dapat sarapan pagi nasi lemak, sambal bilis di tepi pantai Pengkalan Balak. Tengahari makan nasi, gulai asam pedas ikan parang......
Noorsir.... makan dan minum yang kosong2 tu bagi Pak Ali dan Mansor aje.... yg lain belasah aje....
Mansor.... menu mee goreng atau mee kari. Beli mee dengan Juwita
Geng munsyi 78 punya pasal.. no beli2 tau! Sebut je berapa helai diperlukan dia akan datang complete dengan suku sakat lain yang melengkapkan rasenya...
Hello geng,
Bulan Mei tak cuti sekolah tau. Cuti pertengahan semester awal bulan Jun..
Ada pro n con kalau buat cuti sekolah/semester. Lebih baik buat semasa cuti umum biasa Sabtu/Ahad. Supaya tiada masalah tempat, penginapan n lain-lain logistik. Ramai antara nak-anak kita dah pandai bawa diri sendiri jika ditinggalkan sebentar.
Nak wat check darah kena puasa malamnya 10 jam.Tapi kalau nak berkelah mcm mana nak puasa?
betul kate Basir, buat hari Ahad, Sabtu kdg2 cikgu ada aktiviti disekolah. Jng buat cuti sek..
Memang cadang tak nak buat masa cuti sekolah. Kalau cuti sekolah macam-macam halangannya nanti. nak gi kendurilah. So, kita orang cadang nak buat masa cuti hujung minggu aje. Kita mula hari Sabtu lepas zohor dan selesai hari Ahad. sabtu malam boleh sembang panjang-panjang.. tak ade le nanti komplen tak cukup masa nak mengimbau kenangn lama dan lain-lain lagi. masa tu nanti kalau ada yang nak check kesihatan, Dr M boleh uruskan. Amacam... OK tak idea kita orang...
Memang cantik cadangan tu.. Ape kata kita mulakan dengan solat magrib n isyak berjemaah. Lepas magrib kita baca yassin n bertahlil. Kol 3am kita berqimulai sampai subuh, taskirah n 7.30am senaman..100% akan terkenang zaman dok asrama munshi.
bagus idea juwitatu.tapi pastikan imam kita ade.boleh bawa kita.aku jadi makmum,bolele.imam aku kat umahje.
macam2 menu nak berjamu.laratke?.
takpe lah aku teman pak ali dan mansur duduk kat gigi air laut sambil rani bersajak dan berqasidah.kenyang dengar puisi.majezan tak payah bawak kit kesihatan.relax. abdullah buat reflexologi....tentu best.
SOLAT TEPI LAUT. JGN JAIM KATA AJARAN SESAT DAH LE
Hei kawan! ingat kat Pengkalan Balak tu tak masjid ke?
Slm, memang le Pengkalan Balak ada masjid, rasa nya tepi jalan. Kwn2 kita bergurau aje dan nak memeriahkan blog Munshi 78
Jng lah marah....
Tak marah.. geram je....
Klu geram, nyanyi lagu....
geram, jng engkau geram, geram,geram ( aku lupa nama penyanyinya.....)
lepaskan geram anda di Pengkalan Balak nanti..Jumpa disana...sana...sana....
Slmt malam... nak tidur, sok nak kerja.
Apa salahnya solat jamaah tepi laut. Baru umphhh. Bukan semestinya solat jamaah di masjid. Di hutan, di kapal laut, di gunung, di pantai - amalkan solat jamaah...
Air laut tu OK ke tanpa pencemaran sisa export ternakan terbesar Malaysia?{American Enclycopedia Dict.}
Setakat pencemaran tu biasa lah. Mana ada laut dalam dunia ni yang tak tercemar. Yang pasti airnya adalah suci lagi menyucikan. Orang kat Pengkalan Balak tu dah bertahun tinggal kat sana... tak ada apa-apa pun.
betul kata mansor tu... walaupun tercemar, pengkalan balak masih lagi boleh dirasai keindahan pantainya,desiran angin yang nyaman, kedengaran deruan ombak yang menghempas pantai, begitu menyenangkan... Harap-harap nasib pantai ini tak serupa dengan pantai ditempat saya .. kesian. Habis ditambaknya..nak dimajukan konon. Pantai Klebang .. DATARAN 1 MALAYSIA...Manusia ni bila dah kehilangan nanti baru nak tercari-cari ...
Salam kawan-kawan,
Senyum kambing saya membaca saudara Ali takut sesat di negeri sendiri.
Sebenarnya saya memang kagum dengan pembangunan di negeri Melaka. 2,3 bulan tak ke Melaka dah ada perubahan...Sesuailah dengan gelarannya Bandaraya bersejarah dan Pelancongan. Saya memang selalu dan suka shopping di Melaka berbanding di negeri saya tinggal sekarang ni. Nak beli beg tangan satu pun saya berusaha ke Melaka.Hidup Melaka hidup Ali Rustam..he he he..
kwan2 yang dah pandai mengomen (bahasa rojak) betul ke melaka kita dah jadi negeri maju tahun 2010?. Haruman di Pengkalan balak dah hilang ek ramai orang disana pakai one drop perfume. Teruskan idea u MANSOR kami sokong dari jauh
Mansor, teruskan usaha anda untuk renioun Munshi 78 kali ke 2. Biasa le, bukan mudah nak memuaskan hati semua orang. Aku tetap sokong...rugi klu tak dtg.....Insyallah, sihat berjumpa di Pengkalan Balak.
komen blog utk membuka minda.
kalau pantai tercemar,kita fikirkan mcm mana nak atasi dgn lontaran fikiran majmuk.
konsep negeri maju ialah yg punyai infra yg sempurna dgn nilai export tidak nyata yg tinggi, antara ciri penting.
Aik!!!Org Klebang,Btg Tiga kan dapat duit pampasan tiap org,maka mereka redha hilang pantai,kira OK lah tu.
Tak ape... komen sahabat-sahabat Munshi amat dialu-alukan. kalau tak ade komen, minda kita tak akan berjogging. Nanti bila kita ramai-ramai berkumpul di Pengkalan Balak, kita adakan satu slot menjogging otak... bagaimana nak tingkatkan keceriaan dan kurangkan pencemaran dikawasan peranginan yang dikuasai oleh orang Melayu... Sekurang-kurangnya boleh jugak bukak peluang kat Md Jadi, Ali dan kekawan lain untuk kembangkan bisness...amacam... setuju tak?
Adam AH pengsan 40 thun turun kedunia sbb agro shock.Tapi lama2,dunia ni jadi biasa saja.
Tempat ni bukan kita punya,dulu tanah melayu,skrg AHMAD AL BAB yg punya.Jadi,bnyk perkara yg kita tokleh wat,takut jumpa nabi isa lak.
Post a Comment