SAH 15 MEI DI D'NELAYAN, PENGKALAN BALAK

Semalam petang saya, Suhdi dan Mansor melawat Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Maka kami telah memutuskan Perjumpaan Tahunan Munshi 78 akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 15 - 16 hb Mei, 2010.

TEMPAT: D'NELAYAN BEACH RESORT, PADANG KEMUNTING, PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH, MELAKA. TEL: 06-384 8777

AGENDA:

15 hb Mei:

2 - 7 petang : Pendaftaran

8.30 Malam : BBQ dan bersantai

16 hb Mei :

8 pagi : Sarapan pagi dan bersantai

12 Tengahari: Bersurai

PENGINAPAN:

Kami telah booking 15 bilik pelbagai kategori seperti berikut:

1. Teratak Desa - 2 unit. Harga sewa RM 110.00. Sesuai yang datang suami isteri. Saya dah ambil satu. Baki satu lagi.

2. Chalet Kayu - 4 unit. Harga sewa RM 90.00. Sesuai yang datang suami isteri.

3. Bilik Standard - 8 unit. Harga sewa RM 100.00. Sesuai yang datang seorang, maka berkongsilah dengan kekawan lain. Harga berkongsi setiap orang RM 50.00.

4. Bilik Superior - 1 unit. Harga sewa RM 120.00. Sesuai yang datang suami 1steri bersama anak kecil. Jika datang seorang, berkongsi dengan rakan lain dengan kos seorang RM 60.00.

Sila sahkan kehadiran anda dengan membuat bayaran ke akaun May Bank Mansor bin Kassim - 1040 3023 2417 sebelum 25 hb April 2010. Elok disahkan segera, agar mudah bagi kami membuat tindakan untuk menambah booking bilik jika ramai yang hadir dan membatalkannya pula jika semua pakat-pakat tidur kat tepi pantai sahaja. Ha ha.

Selepas bank in, bagi tau Mansor melalui tel atau sms - 019 663 3461.

Kos makan malam secara BBQ sedang dicari tajaannya. Harap berjaya.

Kami booking bilik dengan andaian 30 orang yang bakal hadir. Jika ramai, kami buat booking tambahan. Maka respon segera dari kekawan amat diharapkan.

Ok, petang ini saya bertolak ke Kota Bharu lagi. Mak oi, mentang-mentang dah sihat, merayau je. Kata orang Kelantan ada bas SKMK. SKMK - Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan. Yang masyurnya ialah Sampai Kelantan Mesti Kahwin atau Sudah kahwin Mahu Kahwin. Hanya Karim kita aja tak buat macam tu ketika bertugas di Kelantan dulu. Ha ha. Baik punya kawan...

12 comments:

sahara said...

Salam Ali nampak nya saya tak boleh join kerana 15 Mei Hari Belia.Tapi teruskanlah sebb semuanya dah dirancang jangansebab saya sorang tergendala program. Tapi kalau ada umur lain kali saya join. Da rindu nak makan ubi rebus.

ROHANA DALI said...

HARAP SEMUA TURN UP LAH. TAPI SAYA PUN KENA CONFIRM DENGAN HUSBAND TAKUT CLASH DENGAN PROGRAM DIA. LILY DATANGLAH LAMA SAYA TAK JUMPA.
ANYWAY SYABAS DENGAN MEREKA YANG MENGUSAHAKAN PERJUMPAAN INI.

anak tupai tak jupa pantai said...

Mansur ke kelantan nak pantau krisis kat sana agaknya.

Mansor said...

Petang tadi berbual ngan Darussalam melalui telefon. Banyaklah kenangan lama yang dapat di imbas, termasuklah satu cerita yang hanya kami berdua shj yang tahu... rahsia beb. Dia dah booking satu bilik... nampaknya yang lambat booking terpaksalah tidur di tepi pantai. Lagi satu dia nak sangat jumpa ngan Mat Nor tongkoi dan Hamdan (tak pasti Hamdan yang mana). Nampaknya ini tugas Shaari untuk membawa Mat Nor ke Pengkalan Balak. Amacam Shaari... aku rasa kau boleh buat kerja ini kan..

Anonymous said...

aku rasa Hamdan 6 sastera 1, Ali mesti kenal..... orangnya lebih kurang mcm Shaari

Anonymous said...

Ye ke Darulsalam kerja kat Penjara Kajang..... Klu nak sewa dewan utk majlis kahwin, agak2 berapa sewanya ye...

md jadi said...
This comment has been removed by the author.
Tenggiling kampung said...

hamdan tu orang tua 6 sains 2, dia masuk polis bersama ASP Adam n ASP redwan, dia orang bukit senggih, n duduk jalan klang lama tapi dah lama tak jumpa..tak tahu la dia kat mana sekarang..dia pon dah berhenti polis..

Anonymous said...

Mansor..masukan gambar D'Nelayan dalam blog nie....

basir said...

Mansur booking 1 ilik untuk saya.

http://dnelayanbeachresort.blogspot.com/

Mansor said...

OK Basir... beres.

saari md. jelas said...

salam....insyaallah akuakan berurusan dengan Md. Nor semoga hajat Darussalam akan termakbul..Mansor aku nak satu bilik share dengan Md. Jadi gamaknya...kerana isteri-isteri kami sibuk hujung minggun tu.