SAH ROSNANI YUS TUUU

Hairan juga saya, bagaimana Juwita yang kenal gambar Rosnani Yus yang dah berubah 200% tu.

Tak silap saya keluarga Rosnani 'berhijrah' ke Batang Melaka. Katanya ada upacara masuk suku. Bukan kerana nak kahwin orang Batang Melaka tetapi bagi membolehkan ibu bapa Rosnani Yus membeli tanah adat di Batang Melaka. Ha ha. Kalau silap fakta, harap Rosnani betulkan. Saya hanya dengar cerita dari jauh melalui arwah ibu saya.

Yang kelakarnya, setiap kali saya balik ke asrama Munshi pada 1978 dulu dari kampong BM, maka Rosnani pun akan naik bas yang sama. Dia buat tak nampak saya je. Salam pun tak bagi tau. Ha ha ha. Saya naik bas dahulu dari Rosnani kerana bas lalu rumah saya dahulu. Mat Jadi tak naik bas kerana mungkin ayahnya hantar dengan volvo agaknya. Kalau Mat Jadi naik bas dengan saya sekali, tentu Rosnani kena raging agaknya. Ha ha.

Masa berselisih kat lobi kelas dulu pun, kami buat tak tau je. Alahai, orang Batang Melaka ada 3 orang je di Munshi pada 78 pun jadi macam tu ye.

Tau-tau selepas 31 tahun berpisah, Rosnani kerja di Kemas Selandar. Itu pun Basir yang dapat menjejaknya.

Bukan mudah Rosnani nak joint kita di Pengkalan Balak. Siapa boleh pujuk dia, saya bayar 10 ribu dinar Iraq. Wau.

No HP Rosnani Yus 019-6348454. Tel segera ya.

4 comments:

juwita said...

Salam, saya mengenali Rosnani sejak di tingkatan 1 lagi. Sekali pandang gambarnya itu hari, saya pun sangka macam cikgu Kamisah, tapi bila saya amat2ti senyumannya sekali gus terimbau kenangan semasa di Sek.Dato Haji Talib Karim (SDHTK).

hayati said...

Saya kol Rosnani semalam, tapi Juwita dah kol dia dulu. Dia dah baca blog cuma masih tak respon apa2 pun. Saya dah beritau dia, kalau tak boleh bermalam, datang petang Sabtu atau pagi Ahad pun tak apa. Tapi Ali, kalau Rosnani dtg reunion kali ni, tawaran hadiah tu awak kena beri pada Juwita.

Anonymous said...

Salam,
Saya masih ingat pada Rosnani. Orangnya lembut,kulit putih kuning,kalau bercakap ketawanya banyak..Rasanya kalau shapenya dah lari 200% pasti lembutnya tak hilang..Begitulah kita perempuan,masa anak dara cun melecun..masa berlalu dan membawa cun kita tanpa kita sedari...tapi kita jangan bimbang,jelita kita tu pasti diturunkan pada anak dara kita pula...

ALI MAIDIN said...

Yati, 10k dinar tetap dibagi. Bakal menjadi USD 10K. Wooo.