30 dah sahkan hadir

Sehingga hari ini, mereka yang telah mengesahkan kehadiran dengan menempah bilik penginapan adalah seperti berikut:

1. Ali dan isteri- Teratak Desa
2. Darussalam dan isteri - Teratak Desa
3. Basir dan isteri - Teratak Kayu
4. Rosnah Md Isa dan suami - Teratak Kayu
5. Hayati dan keluarga - Bilik Superior
6 Shaari berkongsi dengan Md Jadi (7) - Bilik Standard.
8. Mastura berkongsi dengan Sharifah Nuri(9) - Bilik Standard
10. Maznah Asnawi - tanpa bilik
11. Maimunah - tanpa bilik
12. Dr Majezan dan isteri - tempah sendiri
13. Mansor Kassim - tak tau - samada tidur sini ke balik rumahnya.
14. Karim Harun - tempah sendiri Bilik Superior
15. YB Dato Mat Sirat Abu
16. Mat Aris Bakar - tidur chalet lain
17 Rani Embi- setakat ini ok, tak mau comfirm bilik.
18. Suhdi - akan jadi setinggan dengan sapa-sapa
19. Zolkpali Yuus - tanpa bilik
20.Norsir - datang tanpa bermalam
21. Aziz Mat Yasin- datang tanpa bermalam
22. Juwita Hassan dan Hasnah Mohd (23) - Bilik Standard
24. Zakaria Osman - Bilik Standard
25. Hamidah Daud dan suami - tanpa bilik
28. Mokhtar Salleh - tanpa bilik
29. Yaakob Othman - tak bermalam
30. Jamilah n suami - Bilik Standard

Yahya Ghani macam nak datang tapi belum comfirm katanya. Sejak akhir ini beliau macam tak menjengah blog aja. Nak kena rotan ni...

15 bilik pertama adalah diparas bawah. Selepas itu di Tingkat Atas. Eloklah buat tempahan awal. Kalau otot masih kuat lagi, tak mengapa buat-buat lewat menempahnya.

Setakat ini saya tak menalipon pun sesiapa tentang program ini. Saya dan update blog serta membuat pesanan melalui sistem sms secara pukal kepada semua rakan Munshi 78. Jika mereka bertukar no talipon, nasib le. Saya harap masing-masing tidak perlulah dipujuk dan diingat berkali-kali. Tak respon maknanya tak akan hadir. Kita buat setakat yang ada sahaja. Ha ha. Cukuplah sudah Hayati, Basir dan rakan-rakan lain bekerja keras melaksanakan reunion tahun lalu. Tahun ini just bagi tahu sekali je.

Rasanya Maimunah dan Maznah akan hadir tanpa menginap. Rumah Maimunah dan rumah ibu Maznah berhampiran sahaja dengan Pengkalan Balak.

Bab makan kalau setakat 50 orang yang hadir, saya belanja. Jika lebih, kena ada sponsor lain. Kalau tak ada sponsor, akan dikenakan tol. Ha ha. Saya tak risau, fasal Md Jadi ada bawa kad kredit. Wooo.

Yang tak syoknya, Sahara tak boleh hadir kerana beliau bertugas sempena Hari Belia. Alahai, mengapa saya dan Mansor tak perasan hari tu... Sori Sahara....

8 comments:

basir said...

Ali kawan kita di bp baling tu dah lama senyap, kalau dia datang aku sponsor bilik untuk dia

majezan said...

aku dah booking awal dgn d nelayan,nanti cuba tengok balik

karim said...

Saya nak bilik Superior tapi yati dah booking.Yati nak bulan madu kali ke berapa pulak.

Karim said...

Maaf Tok Ali pada 6/4/10 saya telah booking terus bilik Superrior saya nak berbulan madu macam Yati.

yag said...

HEBAT semuanya..........

hayati said...

Karim, yang tempah bilik utk suami/isteri tu le yang nak berbulan madu. Moderator kita awal2 lagi dah booking chalet, sebab nak privacy. Tak tau le siapa yang dapat buah penghujung kali ni. ha.. ha..

zolkaply said...

InsyAllah saya akan hadir, tidur dirumah sendiri

hamedah daud said...

hadir bersama keluarga tanpa tempahan bilik