SAHKAN SEBELUM JUMAAT INI

Tarikh terakhir pengesahan kehadiran perjumpaan tahunan kita ialah pada Jumaat ini kerana Mansor nak comfirmkan dengan pihak chalet pada Sabtu ini. Yang komfirm chalet direct pun akan dimasukkan dalam list Munshi 78 juga.

Setakat ini saya dan Mat Aris akan sponsor makan malam. Minum pagi belum ada sponsor lagi. Jika tak ada sponsor, maka kos minum pagi RM 8.00 seorang. Kira makan beratlah tu, boleh menampung perut sehingga tengahari. Ha ha.

Harapnya semua dapat hadir sebelum maghrib. Jika suasana sesuai, kita buat majlis tahlil ringkas. Itu pun jika Imam Besar Mohd Razak Kanapiah tak menguzurkan diri. Namun, imam lama, Zolkaply tetap ada. Nak bertahlil, sambil berdiri pun boleh kan...

Saya tak follow up sesiapa pun tentang progam ini. Memadai dengan blog ini dan sms pukal yang saya kirimkan awal dahulu. Dah tua-tua ini, malas nak memaksa. Sendiri kena ingatlah ya. Jangan pula ada yang kata, mengapa tak bagi tau lak. Bagi kawan yang sentiasa menyepi diri, insyallah saya akan menziarahi tuan apabila mahu disolatkan, membaca doa terakhir. Maaf.

Kalau tak tau tempat D'Nelayan ini, tanya terus ke Mansor. Jangan tanya saya, wajib tambah sesat lagi. Ha ha.

Ok jumpa pada 15hb Mei.

4 comments:

tampin said...

salam...minta semua hadir...

Anonymous said...

salam...minta semua munshi78 hadir sepertimana yang telah dijadualkan oleh ali...jumpa di sana

Karim said...

Terima kaseh Tok Ali Dan Tok Aris,Allah saja yang membalasnya .Semuga Allah limpahkan rezeki dan amalan yang baik kepada tuan berdua dan lain-lain yang menyumbang.Kalau boleh minum pagi minta YB Datuk Md.Sirat yang sponser.Bila lagi YB nak tolong rakyat.Rakyat di dahulukan.

mohd amin rohani said...

Salam Ali, maaf lama tak tengok blok ni. Insya-Allah swt, saya dan keluarga akan hadir (7 orang). Dah kontek Mansur untuk book bilik superior. Jumpa nanti di sana. Wassalam.