ZIARAH MASTURA SEBENTAR

Petang semalam saya dan isteri, Sharifah Nuri dan suaminya menziarahi Mastura di rumahnya di Kajang.

Alhamdulillah, walaupun Mastura masih dalam kesedihan tetapi sudah boleh bercerita dengan baik. Banyaklah flashback kesah Mastura dan arwah suaminya sejak 3 bulan terdahulu yang semacam memberi isyarat yang pepisahan abadi ini akan berlaku.

Arwah suami Mastura meninggal jam 7.35 pagi Ahad lalu bersamaan dengan masa kematian ayahnya, jam 7.35 pagi beberapa tahun lalu. Arwah suami Mastura dikebumikan bersebelahan pusara ayahnya sendiri di Kuala Sg Baru. Suatu kebetulan yang ditentukan oleh Alllah jua.

Maznah pun nak menziarahi semalam juga tetapi tak berkesampaian kerana kena menjemput anaknya di IKBN.

Petang ini saya ke JB. Esok masuk Singapura. Isnin ke Tg Pial, Pontian. Petang Isnin balik KL. Jumpa semula Selasa.

5 comments:

Sharifah Nuri said...

Salam,Pagi ini Maznah dlm perjalanan nak gi Bangi singgah rumah saya.Telefon Mas dan tak lama kemudian dia pn sampai.makan nasi dagang dan bercerita seperti biasa.
Mas dlm perjalanan nak balik kg kenduri arwah sebelah suami untuk hari ketujuh.Insyaallah mas pun akan hadir reunion sbb duduk rumah pun dia rasa kesunyian.

Mansor said...

Nampaknya tuan moderator makan angin sakan. Dah lama blog tak update. Katanya gi JB, Singapura dan tak lupa ke hujung benua, Tanjung Piai. Tak tau, mungkin ade projek besar kot..

maznah.. said...

mansor, tadi aku sms Ali, dari Johor ke Singapore, blik KL...skrg lepak kat umah mak mertua dia.....
Dia beritahu akan update blog bila dia balik ke KL....Kata nye Maria dan Mohd Han akan join perjumpaan kita.

maznah said...

Nak bg tahu Maria dan Mohd Han insyallah datang tapi tak bermalam...

kharis said...

Takziah untuk rakanku Mastura. Semoga menghadapi dugaan ini dengan kesabaran.