TIDAK MUDAH SEPERTI BERKATA....

Memang payah saya nak berkata-kata untuk menyabarkan sahabat wanita Munshi yang kematian orang tercinta. Dah dua kali saya mengalaminya. Pertama ketika Juwita kehilangan Tajuddin. Semalam Mastura pula. Memang longlai habis tenaga kedua-dua insan ini apabila melalui peristiwa ini. Air mata tak habis-habis mengalir setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan yang datang menziarahi.

Bak kata isteri saya semalam semasa perjalanan balik - "Dengan ibu ayah pun kita hidup sebumbung sekadar 20 tahun sahaja. Tetapi sebagai suami isteri kita hidup lebih lama lagi - mengharungi kapal kehidupan bersama, pahit manis dan suka duka lebih dari 20 tahun lagi."

Hayati pun pernah menceritakan kesah pemergian anaknya pada 1996. Dia "berjumpa" dengan anaknya semula di hadapan kaabah ketika menunaikan umrah. Hayati bertafakur dan berjaya "berkembara minda" berjumpa dan berbicara dengan anaknya di hadapan kaabah. Perjumpaan antara dua "roh" antara Hayati dan anaknya memberi kepuasan kepada Hayati selepas ia sedar semula dari tafakur dan kembara mindanya itu.

Dalam sebuah buku yang saya baca "Makna Kematian," mencatatkan bahawa dailog kita masih boleh didengar oleh roh yang telah pergi. Maka teruslah memberi motivasi yang baik-baik dan berdoa kepada arwah yang telah yang meninggalkan kita. Moga kita berjumpa mereka dalam mimpi indah kita sebelum kita berjumpa di alam kekal nanti.

Saya rasa Juwita menulis comment atas nama 'pujuk-pujuk hati' yang mencatat antara lain: "Tutupilah kesedihan dari teman2, Kerana diantara mereka ada yang senang dengan penderitaan mu". Memang benar statement itu. Lantaran itulah Rasullullah berpesan supaya kita berhati-hati dengan mukmin yang hasad. Dan berdoa supaya kita jangan menjadi pendengki kepada orang lain.

Ya, seperti kata Juwita - mudah berkata sabarlah kepada sahabat kita tetapi kita juga belum tentu kuat bersabar apabila mengharungi peristiwa ini.

Hanya ingatan saya kepada semua sahabat sepertimana saya ucapkan di rumah Sharifah pada tahun lalu bahwa hubungan kita dengan roh yang telah pergi terus bersambung. Maka ingatlah akan mereka dengan menziarahi tanah pusaranyanya, memberi salam kepadanya dan berdoa untuknya.

Ini pesanan khas Juwita kepada Mas atau sesiapa sahaja yang melalui peristiwa ini:

Jika diri mu dilanda kesusahan,
Bisikkanlah harapan yang
menjanjikan kepadanya.

Tutupilah kesedihan dari teman2,
Kerana diantara mereka ada yang
senang dengan penderitaan mu.

Buangkan fikiran buruk terhadap
sesuatu, kerana hal ini akan
membuat yang bersangkutan akan
mati sebelum waktu.

Kecemasan tidak selamanya
mengongkong seseorang,
sebagaimana kegembiraan pun
tidak selamanya menghias diri.

Andai kata jiwa tidak menyalahi
'akal, nescaya terasa tidak
jernih kehidupan ini bagi
orang2 yang BERWASPADA..

2 comments:

maznah said...

SLM, mAS .... banyak kan membaca al-quran, disitu kau akan mendapat lebih kesabaran dan kekuatan. Pada sahabat2 kita di Melaka, khasnya di area Masjid Tanah, Mas akan buat tahlil sehingga Rabu nie di Kg Lubuk Redan. Khamis mungkin dia balik ke KL sekejap ( ada urusan yg perlu dibereskan) Sabtu kenduri di kg arwah suaminya di Kuala Sg Baru Melaka. Wasallam

majezan said...

Utk Mastura,
Redhakan pemergiannya,
sbb dia sudah redha engkau sebagai isterinya.
Isteri yg suaminya redha akan dia,maka dgn rahmat Allah,berhaklah dia masuk kesyurga mengikut mana2 pintu yang ia suka.

Utk rakan2 lain,harap janganlah melampau kita bertakziah,cukuplah 3 hari.Kita tahlil selepas solat lebih memberi erti.