Al Fatihah. Dari Allah kita datang, kepada dia jua kita kembali. Suami Mastura, Tuan Hj Abu Bakar meninggal dunia pada jam 7.30 pagi tadi.
Jenazah beliau dijangka di bawa ke rumah kampongnya di Kuala Sg Baru, Melaka.
Rumah Mastura di Kajang ialah No 8, Jalan Maju 1/5, Taman Maju 1, Sg Jelok, Kajang.
Jenazah beliau dijangka di bawa ke rumah kampongnya di Kuala Sg Baru, Melaka.
Rumah Mastura di Kajang ialah No 8, Jalan Maju 1/5, Taman Maju 1, Sg Jelok, Kajang.
18 comments:
Al-Fatihah....saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada Mas semoga tabah menghadapi dugaan Allah ini.
a
Salam takziah...Al Fatihah sesugguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali..
Ai-Fatihah...salam takziah dari kami sekeluarga, saya baru buka block ni & sedih tak dapat bersama2kawan-kawan ziarah suami MASTURA semalam petang. Sama2lah kita mendoakan roh ARWAH ditempatkan bersama orang2 BERIMAN......
Al-Fatihah dan salam takziah untuk mastura..harap tabah dengan dugaan ini...drpada md jadi sekeluarga...
Salam,
Sebak rasa hati lihat Mas.Setiap kali saya datang Mas pasti memelukku dan menangis mengenang nasibnya.Sepupu suaminya minta saya tenangkan Mas.Begitu juga pagi tadi Mas hampir tumbang & sekali lagi sepupu arwah minta saya tenangkan dia.Semalam kali pertama arwah mengangkat tgn dan ucapkan terima kasih kpd kami.Terkejut juga bila sepupunya tunjuk dia angkat tgn dan
beritau ucap t.kasih.
Hidup ini tuhan saja yang mengetahui penghujungnya.Dari sana kita dtg dan di sanalah kita akan kembali.
Zainudin ucapan takziahmu telah saya sampaikan pada Mas.Walaupun jauh kau masih sempat sms dan doakan semoga mereka yang mengiringi jenazah selamat.
Takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan solihin
Mas saya dan keluarga mengucapkan takziah.Allah saja yang mengetahui segalanya.Allah lebeh sayangkannya kerana itu haknya.Namun begitu yang ditinggalkan akan meneruskan hidup.Sama-sama lah kita berdoa semuga Rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman.Utk Mas tabahkan hati jagalah apa yang ditinggalkan serta banyakkan doa.Perkara ini pun telh berlaku kepada kawan-kawan kita yang lain saperti Marhamah,Juwita contohilah mereka.Juwita boleh berjaya sebagai usahawan hasil sokongan yang diberi oleh Arwah Tajuddin. Banyakan aktiviti saperti sembanhyang,bacaan Al-Quran,belajar agama,dan dampingi masyarakat.
salam dari kami sekeluarga - semoga mas tabah menghadapi segala ketentuan olehnya.
Salam takziah dan al-fatihah buat aruah Tn Hj Abu Bakar semoga rohnya dicucuri rahmat. Mas banyak2kan bersabar dan kuatkan semangat. Maaf kerana tidak dapat hadir bersama semalam.
Assallammualaikum buat Mas dan anak2."Yang pergi tak kan kembali, kita yang ditinggalkan harus meneruskan kehidupan".Ucapan inilah yang paling saya benci dihari pertama saya kehilangan orang tersayang dulu..hati kian meronta dan bertanya mengapa semua orang cakap macam tu!Saya mengambil langkah bermunajat dan bermuhasabah diri...memang sukar Mas..tapi Mas mesti lakukan demi untuk arwah..biar dia tenang dengan keredaan kita..InsyaAllah janji Tuhan untuk memberi segala hikmah pada kita yang redha akan menyusul tanpa kita sedari..
Mas..kita kongsi ungkapan dibawah ini bersama ya..
Jika diri mu dilanda kesusahan,
Bisikkanlah harapan yang
menjanjikan kepadanya.
Tutupilah kesedihan dari teman2,
Kerana diantara mereka ada yang
senang dengan penderitaan mu.
Buangkan fikiran buruk terhadap
sesuatu, kerana hal ini akan
membuat yang bersangkutan akan
mati sebelum waktu.
Kecemasan tidak selamanya
mengongkong seseorang,
sebagaimana kegembiraan pun
tidak selamanya menghias diri.
Andai kata jiwa tidak menyalahi
'akal, nescaya terasa tidak
jernih kehidupan ini bagi
orang2 yang BERWASPADA..
Betul kata sahabat kita itu.Saya ada belajar sket aja , suami yang telah meninggal itu akan bertanya khabar akan isteri,anak-anak dan keluarga apabila ada keluarga terdekat kita meninggal dunia.
Harap kawan2 tak pakai anonymous nama samaran ketika mengucap takziah.Maaf,kita ingat mengingatkan sahaja.
Mas yang kukenali kental jiwanya!Hadapilah dugaan ini dengan penuh ketenangan.Tiada siapa mahukan perpisahan ini.Ianya memang perit dan pahit tapi kita harus menelannya walaupun sepahit mana.Ini semuanya Qada dan Qadar Tuhan.Jangan kau biarkan kesedehan membelenggui jiwamu pasti kelak merosakkan diri.Bangkitlah!Kedua-dua orang puteramu masih memerlukan sokongan daripada kamu Mas jangan biarkan jiwa mereka ampuh jadilah Mas Yang saya kenali..kuat semangat,kental jiwanya,petah berbicara,terbuka mindanya malah bersemangat setiakawan.Bangkitlah Mas......
Mas.. salam takziah dari saya sekeluarga diatas kehilangan orang yang teramat disayangi dan dikasihi.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh. amin
Kepada semua, bahawa kita akan menyusul yang telah pergi itu apabila sampai masa yang telah ditentukan. Masa itu kita pula yang akan ditangisi. Ayuh! teruskan hidup mengumpul bekalan, tangisi diri sendiri, agar Allah membelas kasihan.
Assalamualaikum Mastura dan keluarga. Saya dan keluarga ucapkan takziah. Semoga Mastura sekeluarga tabah dan bersabar atas ujian Allah ini. Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menggolongkannya dalam golongan orang-orang yang beriman. Maaf ya lambat hantar ucapan ini kerana memang tak tahu sebab dah lama tak buka blog.
Salam kawan2. Semangat saya semuanya datang dari kawan2 yang iklas dan mulia. Balik ke kajang seketika sabtu akan kembali ke pusara di kuala sg baru. Terima kasih segala2 doa, kunjungan yang tak putus2 pada saya yang lemah ni.Di bantu oleh anak menjengah blog.. memang 3O tahun duduk sebumbung dengan suami tak sama dengan duduk dengan emak dan ayah.
Salam takziah dari kami sekeluarga.
Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh.Tabahkan hati dengan digaan Allah.
Post a Comment