MOGA SEGERA PULIH

Sebenarnya suami Mastura, Hj Abu Bakar terpaksa dirawat di wad ICU sejak Ahad lalu. Walaupun tiada kesan fizikal yang teruk akibat jatuh dari motor, tetapi ada kesan terhadap sistem saraf otaknya.

Hj Bakar dibantu dengan oksigen sejak Ahad lalu. Sehingga pagi ini, menurut Maznah, Hj Bakar mungkin sedikit pulih dan tidak memerlukan sokongan oksigen lagi. Kemungkinan akan ditempatkan di wad biasa pula. Sumber rasmi dari hospital masih ditunggu. Lazimnya Dr Majezan yang call direct ke Hospital Kajang.

Saya, Dr Majezan dan Basir sempat menziarah pada Isnin malam lalu. Maznah dan Sharifah pula pada petang Isnin lalu.

Mari kita doa bersama agar suami Mastura segera pulih sedia kala.

5 comments:

maznah said...

Slm kwn2 munshi 78, saya dan mastura kerap bertanya khabar tentang keadaan suaminya. Syukur... ada perkembangan yang baik. Kalau suaminya masih tak keluar lagi, saya, Pah dan Ali bercadang akan melawat pada Sabtu tengahari. Insyallah.

Anonymous said...

salam saya masih di JB hinggajumat. Insyallah hari sabtu akan lawat suami Mas. Tak taulah ada masa ke nak jumpa cikgu Jaafar.minggu depan nak ke Penang. boleh jumpa Razak .Maznah kita lwaat sama tapi petang sebabnak gi kenduri kahwin di putra/jaya tghari. Mudah-mudahan suami mas cpt sembuh.

kak umi said...

Alhamdulillah, harap mastura dan family tabah menghadapi dugaan dariNya.

Rohana Hashim said...

moga Allah perkuatrkan dirimu Mas untuk menghadapi sebarang ujian ini.

Sharifah Nuri Ahmad said...

Salam,
Kengkawan Yati dah telefon, esok dia akan naik KL sama Senah dan Marhamah.
Saya akan tunggu di tol Kajang lepas makan tengahari terus ke hospital.
Maznah jgn lupa dtg pagi sbb diaorang nak makan asampedas kau. Nasib baik ada Maznah yang tukang sms dan saya hanya hubungi dia sbb tak mau ganggu Mas.
Sarah kalau kau gi Putrajaya tu pegi awal sikit kenduri kan mula 11.30 pagi kul 12 lebih dah boleh beredar jd boleh join kitaorang.
Kalau ada lagi kawan2 nak ziarah suami Mas, cepat2 update blok sbb nanti tak sempat makan asam pedas istemewa.