46 HADIR

Alhamdulillah sehingga hari ini, 46 orang telah mengesahkan kehadiran di Pengkalan Balak pada 15 Mei nanti. Jika mengambilkira suami, isteri dan anak - mungkin lebih 60 orang yang hadir agaknya. Ada beberapa orang tak nyatakan samada datang dengan suami/isteri atau tidak. Ramai yang tak bermalam nampaknya.

Bagi sesiapa yang telah menempah bilik, eloklah dibuat bayaran penuh kepada Mansur supaya beliau bereskan bayarannya.

Insyaallah program kita akan dimulakan pada jam 8.30 malam dengan sedikit bacaan tahlil, doa arwah dan doa selamat. Lepas tu makan BBQ. Satu hari nanti kita akan berqasidah istighfar pula. Pelan-pelan le.

Sambil makan, sesiapa nak berucap dibenarkan selama 5 minit seorang seramai 6 orang. Lepas tu acara bebas.

Elok juga bawa tikar lebar, supaya pada pagi 16hb boleh dibentangkan di tepi pantai untuk kita berbual panjang sambil makan kacang kuda yang akan dibawa oleh Karim. Dr Majezan akan bawa muruku katanya. Ha ha.

Yang sedihnya Mokhtar dan Sahara tak boleh hadir program ini kerana ada urusan rasmi lain.

Ok, jumpa di sana.

3 comments:

kharis said...

Maafkan saya kerana tidak dapat bersama dengan kawan-kawan semua. Insyallah saya akan ke tanah suci. Doakan saya selamat mengerjakan ibadah dengan sempurna.

Anonymous said...

Salam klau you dapat kumpul 46 orang Semangat 46 datang semula.

Mansor said...

Sebenarnya dah 46 orang dah menyatakan persetujuan untuk hadir termasuk yang terkini saudara Razali Baharom dan Yusof Che'Mat.