YAHAYA KECURIAN

Hari ini ada cerita kelakar.

Kononnya Yahya Ghani berada di kota London. Dia kecurian. Jadi orang papa kedana. Dia pun hantar emel ke kawan-kawannya untuk minta bantuan wang beribu paun. Wau. Emel dalam bahasa omputih lak tu. Ha ha.

Rupa-rupanya emel Yahaya dah diceroboh. Yahya dah buat lapuran ke pihak berwajib.

Nasib baik tak ada orang yang percaya. Kalau tak, tak fasal-fasal lesap duit geng kita. Woooo.

3 comments:

basir said...

Ini teknik/taktik terbaharu kebanyakan dibuat oleh malaun pak hitam dari Africa. Mereka selalunya berada di STARBUCKS coffee, WHITE Coffee dll tempat ekclusif bersama laptop. Mereka berkeupayaan mendapatkan segala maklumat dari laptop orang lain berhampiran yg online WIFI/ BROADBAND dengan menggunakan sofware khususnya untuk mencuri akaun email kita termasuk MAYBANK2U. Berhati2 lah dizaman transaksi maya ini.

Anonymous said...

Hai.nasib baik la ada kekawan yang bolih dihubungi cepat....Tapi kalau kita baca emel tu mcm tak logik pulak. Mula2 ingatkan YAG saja2 nak melawak ngan kekawan. Lps tu terfikir pulak ini satu penipuan. Emel omputih dah biasa la tu.........Kan kat UK x logik basa melayu.

anak tupai dlm perahu said...

aku punya pun kena ceroboh,dr majezan yaa..Takut dia nak tulis nama ayah aku betul-betul.