Tauke mee kuning kita Juwita Hassan berkursus 5 hari di KL sejak Isnin lalu sehingga tengahari esok. Tadi, saya, isteri dan emak mertua saya berjumpa Juwita dan sempat makan kebab bersama di The Mall, KL.
Juwita selalu berkursus. Sekejap anjuran Jabatan Pertanian. Sekejap anjuran Risda. Sekejap Mara pula. Puas Juwita berkursus. Jika jumlah jam kursus dicampurkan, layak dapat ijazah rasanya.
Juwita selalu berkursus. Sekejap anjuran Jabatan Pertanian. Sekejap anjuran Risda. Sekejap Mara pula. Puas Juwita berkursus. Jika jumlah jam kursus dicampurkan, layak dapat ijazah rasanya.
Latihan - adalah satu kemestian dalam hidup ini. Geng pekerja kerajaan pun tak sudah-sudah dengan kursus. Tak percaya, tanyalah dengan Yati atau Zaini. Orang Kedah kata - dah mangli dengan kursus.
Ketika saya berkhidmat dengan kerajaan dulu, memang saya suka berkursus, walaupun tak relevan dengan kerja saya. Ha ha. Banyaknya kursus di Intan. Paling lama 11 bulan, kursus Diploma Sains Management. Kuliah bahasa Inggeris, jawab dalam Bahasa Melayu. Terasa Bahasa Melayu bukan Bahasa Ilmu. Walhal yang diajar semuanya dah ada pun dalam Bahasa Melayu. Ha ha.
4 comments:
Org Melayu rugi kalau tak pandai Bahasa Inggeris,bahasa dunia.Dah ler bahasa syurga tak pandai gak.
Kalau Pak Ali nak pi kursus,kena masuk gomen balik,kursus utk tukar arah solat.
Macam tu lah Tok Ali,Saya baru balik Pulau Pinang minggu lepas kursus pergi kursus 1 minggu .Nak telipon kawan kita kat Penang pun tak sempat.Lain lah orang berniaga jalan saja duit masuk.
Hari selasa ini sya nak pergi Tanjong Malim Pula nak lawat projek ternakan ikan hiasan orang Melayu dengar cerita terbesar di Malaysia.
Karim, ajak le aku nengok projek tu..
Post a Comment