SABTU DAN AHAD YANG SIBUK.

Sabtu, 13 Mac, saya dan adik bongsu saya Jamal, ke majlis kenduri kahwin rakan separti di di Tabuh Naning pada jam 1.30 petang. Selepas itu melawat projek ikan keli adik ipar Samiah Salim. Jam 5.30 petang minum teh bersama kekawan lama di Felda Bukit Rokan, Gemencheh. Jam 8.30 malam ke Seremban pula untuk bersama dalam majlis kenduri sempena "masuk rumah baru" sahabat separti juga. Jam 11.30 malam baru sampai ke KL semula.

Pepagi Ahad saya dan Jamal mendengar taklimat projek baru. Petang Ahad, saya sekeluarga balik rumah mertua saya di Felda Bukit Rokan. Balik kali ini kerana mak mertua nak sangat anak cucunya makan buah durian yang terakhir gugur. Seulas pun saya tak menjamah. Kalau menjamah, alamat berdenyutlah kaki saya. Nasibnya badan. Bermalam di rumah mertua.

Hari ini baru balik KL dan tiba di opis jam 4 petang. Banyak kerja yang mahu dibuat sebelum ke Kelantan pada jumaat ini. Ada peluang baik di tapak projek tembikai dan labu yang mahu ditentukan. Jika baik, saya akan hantar lapuran khas ke Basir, Hayati, Maznah, Sharifah dan Sahara.

Harap Sharifah dan Sahara akan beri emel personalnya bukan emel @ opis masing-masing. Payah nak masuk ke peti emel jika @ emel opis. Jika projek ini benar-benar bagus, saya akan buat presention khas kepada semua geng Munshi sambil makan-makan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Sabau le...Yang pasti tak perlu susah buat koperasi, memadai anda tanam sendiri dan buat duit tiap bulan. Boleh pencen segera jika siapa berhajat. Ha ha.

Yang boleh ligat ini fasal luka dipeha dah mengering dan mengecil.

Mansor ke Kelantan pada jumaal lalu kerana majlis kahwin anak saudaranya. Entah bila dia nak umumkan tarikh dan tempat perjumpaan kita tu pun tak tau. Cepatlah Mansor oi.

Sahara pun berada di Kelantan pada khamis lalu. Sempat shoping di Rantau Panjang. Urusan rasmi atau urusan keluarga, tak taulah saya.

Maznah dan Mastura berkumpul di rumah Sharifah meratah ubi rebus dan sambal bilis pada jam 5 petang semalam. Entah apa diumpatnya kita tak tahulah. Ha ha.

Zek, awat mogok tulis blog u?

2 comments:

maznah said...

Slm, syukur tuan moderator bertambah sihat. Semoga selamat dalam semua urusan yang dirancang. Insyallah.

mansor said...

Daripada tulisan di blog, dapat dibayangkan kesihatan moderator yang bertambah baik. Syukur alhamdulillah. Tentang tarikh dan tempat, insyaallah akan ditentukan dalam masa terdekat. ingatkan nak gi survey tempat yang paling kondusif pada hujung minggu lalu; tapi tak ade kesempatan kerana Hari Jumaat hingga Ahad berada di Kelantan. Sampai rumah Maghrib. Pastu pukul 9.00 malam gi Segamat pulak hantar anak balik ke UITM. Walau apapun kekawan semua tak perlu risau, yang penting cubalah tengok-tengok kalender untuk Bulan Mei 2010 dan bolehlah berikan cadangan tarikh. Tempatnya insyaallah dijamin memuaskan hati...