DRESSING SENDIRI

Mulai hari ini saya dressing sendiri luka bekas bedahan pada 7 Februari lalu. Hospital Tawakkal dah beri lampu hijau untuk saya buat sendiri. Tak dapatlah saya jumpa para nurse Tawakkal lagi. Ha ha. Sejak berulang 2 minggu di Tawakkal, semua nurse kat situ dah jadi member.

Saya rasa dalam sebulan lagi bercantumlah daging dan kulit di peha saya ni. Selepas tu bolehlah saya meronda dunia, selepas tergendala beberapa perancangan bisnes dalam bulan Februari lalu.

Kalau anak dan isteri saya free dalam bulan Mac ini, saya bercadang ke Melaka. Kali ini nak ajak khusus Rani, Norsir, Ishak dan Anuar bersantap di mana-mana di Kota Melaka. Saya belanja. Kalau RM tak ada, saya guna Dinar Iraq. Katanya nak naik ke USD 0.85 bagi setiap Dinar. PM Iraq yang dah tak sabar Dinar naik. Ha ha. Yang lain kita jumpa di PD pada Mei nanti jika tak ada kenduri kahwin dah di Melaka dalam beberapa bulan ini.


3 comments:

Anonymous said...

Saya Tok Ali tak nak belanja ke

Karim said...

Tok Ali jaga seket makan tu kalau yang sedap-sedap tu bagi saya makan, Tok Ali makan yang tawar-tawar aje.

sahara said...

Salam Ali Nampaknya Ali dah Apply teori DR M hidup macam trafik light yg dia pernah bagi dulu. Tapi hati-hati jangan dress kot je kita jaga. Yg ini kesihatan lagi kena jaga. Ketiak ini saya teringat arwah ibu saya yg macam ali 12 tahun dulu.ari-ari ke klinik buat dressing sebab bisul dan ada kencing manis.