TERKENANG FEBRUARI 70AN

Kini, cuaca panas. Minggu ini minggu terakhir bulan Januari 2010. Sekejap sahaja telah berlalu satu bulan dalam tahun 2010. Apabila masuk bulan Februari, saya sentiasa terasa "cuacanya" dan "suasananya" sama seperti zaman persekolahan dan di kampus dulu. Ketika cuti Raya Cinalah, kami akan sibuk dengan pelbagai program jamaah tabligh, tamrin anjuran Arqam dan ABIM.

Masa tu keluar ikut jamaah Tabligh, kos makan sehari hanya RM 1 sahaja. Sekarang RM 7 atau RM 10. Bab kos makan ni kenalah tanya Aziz atau Mohd Amin. Saya seronok dengar ucapan pandakwah dari luar negara khususnya bab akhirat. Lain macam umphnya. Rugi kau Dr Majezan tak ikut tabligh. Ha ha.

Program Darul Arqam pun saya ikut. Oleh kerana kumpulan penyokong Darul Arqam masih kecil pada awal 70 an, maka saya agak rapat dengan pimpinan utamanya. Ishh, kalau istiqamah dengan Darul Arqam, mungkin saya dah jadi As Syeikh Ali agaknya, itu pun jika tak kena ISA. Woo.

Dalam masa yang sama, saya pun ikut program Abim. Saya pernah ke Dewan Bandaran Jasin pada tahun akhir tahun 1978 atau awal 1979 untuk mendengar pidato Anwar Ibrahim, sejurus beliau keluar dari ISA.

Hubungan awal saya dengan sahabat Abim, Arqam dan Tabligh ketika Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan di kampus itu terus bersambung sehingga kini. Lain sekali rasa ukhwahnya dengan mereka ini. Mungkin persahabatan ini kerana Allah semata-mata, bukannya kerana mencari projek agaknya. Ha ha.

Sekadar kenangan dan coretan di pagi hari, hari ini...

12 comments:

perahu said...

mufti melaka haramkan tabligh.
cuba tengok enakmen dan senarai pengharaman yg dikeluarkan oleh majlis ugama islam melaka.
Kauorg jgn nak melawan sultan melaka!

Hati-hati beri komen said...

Setahu aku yang haram tu - makan babi, minum arak, zina, judi dll.
Setahu aku juga jemaah tabligh ni ajak orang pegi solat jemaah dan beramal untuk bekalan kehidupan akhirat. Mereka belajar buat kerja Nabi - amar makruf nahi mungkar. Haram ke perbuatan mereka tu?
Kita sendiri pun nampaknya tak faham yang mana satu haram dan yang mana satu perintah agama. Wallahu alam.
Maaf ya. Cuba rujuk Amin dan Aziz untuk keterangan lanjut. Jagalah sikit hati kawan beb.

jebat ekspres said...

Raja adil (betul) raja disembah,
Raja zalim (tak betul) raja disanggah !!!

Apa komen Tn. Ali dalam hal ni?

ALI MAIDIN said...

Agaknya haram yang halal ada d Melaka ye.. he he

Anonymous said...

haram politik tak sama dengan haram syarak. Memang pada satu masa, di melaka, jamaah tabligh dihalang berdakwah di masjid.

Hati-hati beri komen said...

Betul tu. Tapi apa jadi pada negeri Melaka masa tu? Kemarau dan krisis air melanda negeri! KMnya, muftinya dan menteri yang pegang portfolio agama semuanya 'flung'. Malapetaka datang beb...

mastura said...

Salam geng2 . Kadang kala dah separuh abad kita tak tahu kedudukan kita sebagai umat Islam..Celaru kerana kalbu kita diracuni oleh mazhab mana pun tak tahu..Sejak 7O an bila dakwah berkembang ABIM,Tablig, Arkam, Melaka tak berkembang lansung dari segi kefahaman politik Islam sedangkan Melaka pusat Islam setanding dengan serambi Mekah . Wahai perahu, sokong lah apa saja bentuk dakwah. Zaman melawan sultan ini da tak relevan .. Cerdik pandai Melaka kenapa tak betulkan mufti?

perahu said...

Sbb tu lah disyurga,warna hijau jer yg ada.Warna biru takda.
Kalau kita tukar warna hijau,insyAllah,Aziz dan Amin jalan laju kot!
Naik perahu lglah laju.

mastura said...

7O an juga perempuan bertudung di kecam hebat kononnya ilmu bungkus. Mesir da telanjang wanitanya tak bertudung, mini skirt lagi. Datang lah mufti ke sek Munshi membetulkan ajaran sonsang puteri asrama yang bertudung..3O tahun da berlalu, fizikal da Islam tapi fahaman masih jauh ketingalan . Melaka oh Melaka tempat tumpah darah kita... Kenapalah perahu tak bertanding berlabelkan hijau... Marilah lawan YB Bukit Katil.. Simbahkan semangat Hamzah Fansuri tu... he he

perahu said...

Demokrasi Malaysia ni tak halal,sbb adanya amalan gerrymandering.Jadi wat per kita lawan.
Sistem perundangan kita pun fasik sbb guna dua sistem.Kalau tolak siatem syariah,maka jadi kafir lak.
Maka dlm waktu terdekat ni,kita berjuang dgn bilahbilah pena dan tetikus,bukan ler kita takut mcm tikus.

mastura said...

Betullah perahu, kebebasan bersuara da tak ada. Dan dan pulak sejak kebelakangan ini di gari anak2 muda yang bergelora dengan idea2 di blog2, facebook... Kononnya blognya di heret ke Mahkamah.. Awas perahu .. kalau di dakwa dek kawan sendiri Datuk K . Malu re union . kawan makan kawan.. Akhirnya blog kita sunyi sepi dek kerana takut tanggan yang mengetok lap top ni kena gari.. Ampun !

perahu said...

Kami swasta yg merdeka,
Jiwa yg merdeka,
Sng sedikit bergerak,
Tak terikat dgn peraturan manusia,
Cuma taqwa dgn peraturan Tuhan.
Ada bnyk blog2 seluroh dunia,
akibat wayar tanpa sempadan.
Maka kami nikmati kemerdekaan yg dianugerah Tuhan.