JAMUAN PERTAMA 2010



Malam semalam geng KL beramai-ramai ke jamuan perkahwinan anaknya Jamaliah Hj Yusof di Dewan Zenterum, Taman Setia Wangsa. Kita orang terdiri dari Yahya Ghani dan isteri, Basir dan isteri, Shamsudin dan isteri, Redzuan dan isteri, Sahara dan suami, Jamilah Jamian dan suami, Mastura, Sharifah Nuri dan Rohaya dengan anaknya memenuhi ruang dua meja makan khas untuk geng Munshi 78 sahaja.

Nak jadikan cerita, rupa-rupanya ayah Jamaliah tu, saya kenal sejak 1990 lagi kerana beliau orang kuat Pas di Masjid Tanah. Tak tahu pula saya bahwa Hj Yusof ini ayahnya Jamaliah. Ha ha.i

Kocik jo dunio ni.

Kami sempat bergambar dengan ayah Jamaliah. Jamaliah dan suami sibuk melayan tetamu hampir 500 orang.

Orang Melaka dengar kita makan aje le nampaknya.

Saya akan meletakkan semua gambar sahabat Munshi di bahagian kanan blog. Harap emelkan gambar ukuran paspot anda ke emel saya alifx59@gmail.com.

7 comments:

Mansor said...

Tak pe Li.. orang Melaka dengar geng Munshi berkumpul aje dah seronok dah.. Bulan Februari nanti kita berkumpul di Melaka lak... dengau-dengau ade kenduri lagi... makan.. makan..dan makan.

maznah said...

Slm, Ali..ayah Jamaliah tu Sidang Mukim Masjid Tanah, Dia selalu dtg ke Pejabat Tanah, Alor Gajah masa aku jadi kerani bhg kutipan cukai tanah tahun 1979 - 1985 Selalu le bergurau dengan ayahnye, Orang nye cukup periang dan suka ketawa...tak ade rezeki aku nak jumpe dia....

mastura said...

Alasan sentiasa ada jika
tak nak datang, saya rasa terharu dengan majlis Jamaliah lebih kurang 1O meja yang confirm tetapi tak datang. Alhamdulilah meja 78 munshi penuh. Tuan Moderator saya suka bercakap positif dalam apa bentuk pun.Siang kata malam tak dapat, malam kata siang tak dapat.. Yang jauh tak datang , yang dekat tak dapat juga... Kalau seratus tak datang bayangkan seorang bajetnya 2o-3orm. Itu nilai persaudaraan dan pershabatan...

RAKAN LAMA 78 said...

Slm, kwn2... SEMOGA CERIA HARI INI
DAN MENJALANKAN TUGAS MASING2.
MENULIS DALAM BLOG NIE BIAR LE GUNAKAN FIKIRAN YANG MATANG, JNG MENYENTUH HATI DAN PERASAAN KAWAN. MASALAH INDIVIDU NIE TAK SAMA ANTARA SATU SAMA LAIN........
SENANTIASA LAH KITA MUHASABAH DIRI.

mastura said...

Wahai Kawan lama yang masih malu2 nak menunjukkan rupa dan nama.. Saya melihat senario masyarakt Melayu kita tentang menhormati majlis atau jemputan.. Ini pandangan saya je... Munshi 78 pada malam tu penuh tak ada masalah.. Kawan lama kalau nak bersama Munasabah diri, jom berilah pandangan dan idea... Kita adalah sahabat Munshi.. Tak perlu berahsia2

Jamliah Mohd Yusof said...

Saya & suami mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir. Maaf jika terkurang & tidak dapat melayan. Terima kasih.

suhdi tampin said...

kawan-kawan kalu ada sesiapa nak gi jumpa kawan-kawan munshi78 dikl ke kelang ke tolong bagi tau aku dan bawa aku sekali cos akau tentang jalan kesana memang x tahu.kalu gi ke sana selalu sesat da biasa. tolong aku ali kenapa kau da lama x balik melaka aku nak jumpa kau cos da lama x bersua muka