GENG MELAKA LAWAT KILANG MEE

Tak fasal-fasal, tak ada angin ribut, tiba-tiba geng Melaka menggempur rumah dan kilang mee Juwita Hassan di Kg Kemuning, Tampin.

Siapa yang datang, ini lapuran oleh Juwita sendiri melalui emelnya kepada saya. Sapa kata Juwita tak reti emel. Ha ha. Emelnya:

Assalamualaikom:

Tak terucap rasa gembira bila Pn Hasnah call menyatakan nak datang kerumah bersama Pn Hayati dan cikgu Marhamah Sabtu ini (siang tadi).

Saya khabarkan pd saudara terdekat (Suhdi), dan dia suruh saya beritahu En Mokhtar. Alhamdulillah...rupanya ramai lagi kawan2 lain yang turut serta.

Tuhan saja yang tahu betapa gembira dan seronoknya saya hari ini, terharu pun ada! Boleh juga saya katakan hari ini hari pertama saya merasa bahagia sekali setelah ketiadaan orang tersayang.

Terima kasih pada semua..kehadiran kalian memberi semangat, menambah keyakinan dan menjadi satu motivasi dalam diri saya yang selalu rasa terpencil ini.

Antara yang hadir Hayati, Hasnah, Marhamah, Sudhi, Zaini, Alias, Muliati, Mokhtar n isteri, Karim, Mansor, Jaamat, Mohd Han dan Maria. Menu saya untuk mereka hanyalah mi kari dan cendol. Mereka pulang pun saya bekalkan mi kuning (itu saja yang ada).

Juwita

Moderator: Kekadang program tanpa perancangan awal lagi menjadi. he he.

20 comments:

maznah said...

Slm, kawan2...renion akan datang kita masak mee kari campor daging kambing.
Apa macam Juita dan Samiah, mesti boleh sponsor punye.... Lagi jimat kos masak sendiri.......

mastura said...

Aku buat Lamb cop dan Ciken cop.. Kali ni bakar sama2, makan sama2. Pah dengan agar2 bodoh atau sepegeti.. Mansor kau cari kayu api.. Re union kali ini mesti relax2 .Tak payah hadiah2 .. Tak ada siapa
hati yang terusik.. Mee kuning Juwita nanti kita buat "bak so" aku da pandai buat.. Tak kan da 5O tahun tak pandai memasak. He he

suhdi said...

ppppppppppswa

suhdi said...

kenapa x dtg perkena mee Juwita, rugi kau org. jangan lupa dtg kerumah Han jemputan kahwin anak beliau. kita jumpa disana.aku baru pandai tulis komen yati yang ajar.....

Mansor said...

Beresss....

Hasnah said...

Salam tahniah buat Suhdi sbb dah pandai mengomen.. tak sia-sia perjumpaan kita tu ye. Pagi tadi Zaini call saya sbb hal lain, bila saya kata lepas umah Juwita kitorang semua gi rumah kau, dia kata masa dia(zaini) nak balik kenapa kau tak tahan dan ajak dia...kau jawab sendiri Suhdi. Aku dengan Yati dan Marhamah dah lepas tangan.

ALI MAIDIN said...

kiamat Tampin hari ini Suhdi dah reti komen. Wooooo

hayati said...

Asalnya Suhdi tak teringat nak ajak pegi umah dia, tapi kami yg 'offer' nak ke rumah dia. Lepas ni kita tunggu jemputan Zaini pula, majlisnya biar tuanpunya majlis yg beritau.

marhamah said...

salam.Perjumpaan hari Sabtu benar-benar seronok!Gelagat sahabat Munshi menghiburkan,gelak ketawa yang tak putus-putus .Semua orang nak bercakap,semua orang nak bercerita tak tahu siapa yang mendengar!Mereka buat macam rumah sendiri je...sampaikan kami rasa tak nak balik terutama si Karim!Terima kasih Juwita atas layanan anda moga berjumpa lagi......

Karim said...

Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Juwita.Beliau telah menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya dan boleh menjadi model kepada semua kaum wanita dan kaum bapak dan beliawan kita.

Karim said...

Apa pun Juwita perlu sabar dan bangkit dengan lebeh semangat lagi serta jangan lupa untuk pelapis kan datang.

mastura anak bongsu said...

Salam geng2 Melaka, seronok pulak tengok u all berbondong2 ke rumah Juwita.. Kita orang kat kl ni selalu juga mensyuarat tingkap dan ke opis Ali.. Macam tu lah hendaknya rakan2 kita yang lain.. Ceriakan hidup kita ini dengan persahabatan bukan permusuhan.. Suhdi da naik darjah, menulis blog.. Tahniahlah yati yang berjaya mengajar Sudhi...Jumpa Gumah Han nanti.

eiLAnUR said...

FATIMAH AZZAHRA ALI..

wah..auntie2 n uncle2 semua ke kilang mee auntie juwita.. bagusnya.. mesti kecoh kat rumah tu :D dapat bayangkan camana semua nak bercakap..dan semua pun nak dengar. hehe..

hebat betul persahabatan Munshi78 ni.Semoga pertemuan ini memberi semangat untuk auntie juwita terus hidup dan berjuang. Kalau tak de auntie juwita.. pening Mydin tak de mee org Melayu. :D

suhdi said...

aku bukan x nak ajak zaini (kawan baik aku) tapi org da jadi taukeh besar selalu sibuk. maaf ye, lain kali aku jemput lagi ok.

Anonymous said...

siapa punya idea meletakkan USA di gambar, tolong ubah USA kepada UMA,(Upper Six Munshi Abdullah)aku memang anti perkataan USA faham.....

Karim said...

Saya harap ada lori tembikai dari Kelantan sesat di rumah Mariah & Han.

Anonymous said...

Slm, Karim ....bukan lori tembikai aje yang sesat ke umah Maria dan Han, tapi lori buah labu juga sesat kat umah maria....masak lemak campor daun kunyit.

sahara said...

Salam ,kawan-kawan Mka ,
Tahniah, sempena program untuk menyambut 1 Safar - ubah cara orang Mka dulu buat mandi sapar di Tanjung Kling.( Imaubauan kenangan kurafat orang Mka )
Kan bagus eratkan siratulrahim , belajau mana yg tak tak tau. Ini kira study group juga kan .Suhdi kali ini undinya melonjak naik macam MLM

ALI MAIDIN said...

Labu oh labu....Sahara dan Masrura je dapat merasa tempohari

Sharifah Nuri said...

Salam,
Sebenarnya semasa reunion dulu memang ada rakan2 yg cadangkan sp mee Juita dijadikan sbg salah satu souvenir kita tapi tak kesampaian.
Tengok kejayaan rakan kita sebagai usahawan saya tumpang gembira.
Noraine Rebo ada beritau saya dia sentiasa mengikuti perkembangan blok kita dan komen beliau ....hebat blok kita.
Ani why not u join us at least a word.