Rosnah Mat Isa, 6 Sastera 1 akan mengadakan jamuan perkahwinan anak perempuannya pada Ahad 14 Febuari 2010, mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di No JA 8728 Taman Pahlawan Umbai, Merlimau Melaka.
Nampak gaya berarak habislah kita pada tarikh berkenaan kerana kenduri Mariah Ibrahim pun pada tarikh yang sama.
Makan di rumah Maria jam 1 dan makan di rumah Rosnah jam 4. Apa macam?
Makan di rumah Maria jam 1 dan makan di rumah Rosnah jam 4. Apa macam?
Kepada Rosnah dan Maria, tolong bagi pelan rumah ya. Walau pun saya orang Melaka, boleh sesat juga nanti. Ha ha.
Tahun 2010, tahun geng Munshi berlumba-lumba jadi datuk dan nenek agaknya. Woooo. Setahun dua ini, nampaknya jika geng Munshi 78 berjumpa, maka perjumpaan itu adalah antara tuk-tuk dan nenek-nenek. Apa boleh buat, dah sampai masanya.
Namun apabila jumpa rakan sekelas, rasa macam umur 18 je....Tak caya cuba borak dengan Suhdi dan Zakaria Osman. Gelak habis bib. Ha ha.
Kenduri Shaari bila pulak?
4 comments:
Jarak dari Kandang ke Umbai bukan nya jauh sangat. Tak sampai pun 15 minit ambil masa. Jadi lepas gi rumah Mariah/Md Han boleh terus gi rumah Rosnah.
Mas, Pah & Maznah macamana. Turun Melaka ke 14 Februari ni? Atau nak candle light dgn hubby sempena 14 Feb ni. Masa tu Chinese New Year, yg keja kerajaan cuti sampai 16 Feb. Cuti sakan kita lah ye.
IsyaAllah saya pergi kot, tak tahu Pah dengan Maznah.. Sebab masa tu cuti panjang . kalau diorang nak ikut saya tak kesah. Kau dekat jangan tak pergi pulak Yati n Asna.. Kesian Maria n Rosnah gulai kawah sapa nak menghabiskan..
hoi yati hari tu x dapat borak lama dgn kwan 78 cos aku ada hal
Post a Comment