BILA PERJUMPAAN TAHUNAN

Hai, undian sebelah menunjukkan majoriti mahu diadakan perjumpaan tahunan Munshi 78.

Yang membuka blog ini pun sekitar 30 orang aja. Tak susahlah nak menempah tempat bermalam nanti. Yang kerja kerajaan tu bolehlah menempah mana-mana rumah rehat kerajaan di tepi laut.

Acaranya ialah makan dan sembang sahaja di malam petama. Pagi esoknya bolehlah diadakan ceramah kesihatan dan tazkirah mati. Ha ha. Ceramah kesihatan oleh Dr Majezan dan tazkirah mati oleh Aziz atau Amin. Mudah aja. Takkan nak adakan ceramah cara menjadi jutawan - dah lewat dah. Ha ha.

Tarikhnya bila? Beri idea anda.

1 comments:

tampin said...

untuk dapatkan tarikh perjumpaan aku syorkan ali buat undian dgn mencadangkan tarikh-tarikh yg sesuai dan munshi78 akan buat pilihan tarikh mana yg banyak undian kira tarikh tu yg paling sesuai.apa macam setuju tak.