Kadang-kadang saya merasakan adakah patut saya melapurkan berita kurang baik dalam blog ini. Biasalah dalam hidup ini, ada kalanya ayah, ibu, adik beradik dan anak kita meninggal dunia, sakit, kemalangan dan lain-lain.
Dua hari lalu, suami Rohana Hashim yang pernah mengalami stroke masuk wad Hospital Seremban kerana paru-parunya dimasuki air dan mengalami masalah bernafas. Kini sudah dalam proses ke arah lebih baik.
Kita harap Zahar, suami Rohana akan sembuh segera. Suami Rohana tu orang Tampin Jaya setaman dengan ibu ayah Hasnah Mahfiz.
Kesihatan suami Rohana ini menyebabkan Rohana sukar memenuhi program rakan-rakan Munshi atau pun jika dia datang terpaksa solo sahaja.
Nasib kita ini berbeza. Bersyukurlah bagi yang sentiasa sihat. Doakan yang baik kepada sahabat kita yang diuji dengan pelbagai. Giliran kita entah bila agaknya.
No Tel Rohana 012-6976897.
11 comments:
Slm, cikgu ana..... Semoga tabah menghadapi dugaan allah dan banyak bersabar. Kadang2 sokongan keluarga dan kawan2 banyak membantu dalam kita menghadapi masalah. Insyallah
Moga sihat segera
Orang perempaun lebih kuat sabaunya dalam mengadapi ujian berbanding dengan lelaki...
Bila kita sakit,maka langkah pertama dlm rawatan ialah bersedekah.
Betul ke perempuan lebih kuat sabaunya berbanding dengan lelaki sepertimana posting oleh Hanim.... Sahabat Munshi yang lelaki tolong jawab sikit....
betul,sbb aku kena penampar oleh cikgu lelaki,bukan cikgu perempuan.
OGHANG LAKI BILA BINI SAKIT, CEPAT JE NAK CARI PENGGANTI
Mastura sibuk ngajau ke
Tapi ada kawan aku cakap kalau kuasa menjatuhkan talak diberi pada orang perempuan, dah berpuluh kali lelaki ditalakkan...
Anon terakhir: orang pompuan sabau dalam semua hal tetapi bab madu tu, tak leh sabau tau.
salam semoga zahar sembuh dan sihat selalu, kalau balek Pulau Sebang singgah le di rumah aku.
Post a Comment