ZAKARIA OSMAN TERKEDU

Jangkaan saya meleset sama sekali terhadap program reunion petang semalam. Saya ingatkan Zakaria akan kepuh apabila berjumpa dengan sahabat lama Munshi. Rupa-rupanya tidak. Warak sungguh dia semalam. Mengapa?

Saya bertanya kepada beliau, mengapa senyap aja? Jawapan dia ialah, dia tak kenal hampir semua orang. Ha ha, macam tak percaya. Itulah akibat berpisah selama 31 tahun wei. Kira-kira hebatlah saya ini kerana masih boleh meneka siapa yang yang datang, kecuali si Redzuan dan Norida. Si Rashid Ahmad pun lebih kurang sama dengan Zakaria. Terpaksalah saya memperkenalkan seorang demi seorang dan mengnostalgiakan kesah Adam dan "tompek lueh". Kalau tak, apa cerita yang hendak saya buat. Harap Adam tak kesah cerita tu. Orang rumah Adam (orang Ganu ke?) yang mengajar sesekolah dengan Rohana pun happy nampaknya. Adam rumah baru di Taman Tunku Jaafar oi. Bila dia nak ajak kita merasa teh di rumahnya? Teringat makan biryani dengan Adam di PJ pada tahun 1983.

(Gambar: Zakaria yang paling tinggi sekali di belakang tu)

0 comments: