HATI HATI BERJUMPA AZIZ DAN AMIN

Aziz Mat Yassin dan Mohamad Amin Rohani dari 6 Sastera 2. Kedua-duanya tinggal di kawasan Jasin Melaka. Pertama kali jumpa semula Amin di rumah Juwita pada tahun 2000 dan pertama kali menerima sms dari Aziz pada 6 Februari 2009, saya dah agak mereka berdua ini merupakan aktivis "tabligh".

Kegiatan utama dakwah "tabligh" ialah mengajak umat islam mendirikan solat berjemaah di masjid. Sunnah Rasulullah saw yang paling utama dan terbesar ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid. Maka seruan ini tidaklah satu yang pelik, malah ianya perlu dihayati dan disokong.

Dalam usaha mengajak orang ramai mengerjakan solat berjemaah, pasukan jemaah tabligh akan beriktiqaf di masjid beberapa hari sambil menjalankan usaha mengajak ahli kariah memakmurkan masjid. Sesiapa yang tak reti nak buat apa ketika cuti panjang, bolehlah ikut Aziz dan Amin ya..

Pada khamis, dua hari lalu saya ke Jasin menemankan Dr Nik Safiah Karim berceramah. Hajat hati nak jumpa Aziz, tetapi Aziz sedang sibuk bermesyuarat "tabligh"nya. Melepaslah saya teh free dari Aziz. Nasiblah ada ramai kekawan lain di Melaka yang belanja saya makan ikan bakar Muara Sg Duyung sehingga kekenyangan sehingga sekarang. Woo.

2 comments:

Anonymous said...

Aziz Mat Yassin ni sebenarnya ada nama gelaran lain di kampungnya.Kalau cari nama aziz di kg bachang mungkin tak jumpa. Hanya seorang sahaja geng munshi yang tahu nama gelaran aziz. Puan Penolong Pengarah AKMAL tolong jawab.....

Anonymous said...

Yg kelakaunya mak Aziz sendiri tak kenal siapa Aziz bila kawan2 6 Sast 2 cari Aziz kat rumah dia. Nasib baik diaorang nampak gambar Aziz kat dinding dan tunjuk nak cari org dalam gambar tu. mak dia kata, Ooo, itu dak T... ., dia ada le. Saya kalau kol Aziz, akan panggil nama glamer dia je, tak reti nak panggil Aziz. Depan kengkawan je panggil nama Aziz. Betul kan T....