Sudah lama nak cerita hal Maria dan Mohamad Han tetapi nak tunggu dulu gambar pasangan ini. Hingga detik malam ini tak kunjung tiba juga walaupun dikatakan Mohd Han bertugas di Bahagian Teknologi Jabatan Pendidikan, sepatutnya tiada masalah untuk mengemelkan gambar tersebut. Orang tak sudi, takkan kita nak paksa..
Maria dan Mohd Han sekelas dengan saya di 6 Sastera 1. Maria orangnya kepoh tetapi Mohd Han orangnya penyengap. Macam mana mereka bercinta pun kita tak tahu. Ha ha. Mungkin mereka tak bercinta tetapi sekadar jatuh hati aja. Bila mereka jatuh hati kita pun tak tahu kerana mereka saja yang tahu. Sahara pernah berjumpa dengan Maria di Pejabat Pos Melaka satu masa dahulu dan Mohd Han duduk jauh-jauh agar tak diketahui oleh Sahara. Macamlah Sahara tak nampak. He he.
Maria tinggal di Kampong Kandang, rumah neneknya yang kini telah pun didirikan rumah Maria pula. Saya tahu rumah ini sejak Tingkatan Enam dulu kerana saya selalu ke rumah junior kita Husin Awang, dimana mereka berjiran.
Mohd Han berasal dari Kg Cincin, Jasin. Saya selalu ke Kg Cincin kerana ada beberapa orang kenalan saya di sana sejak di Tingkatan Enam lagi. Beliau juga tinggal seasrama dengan saya.
Saya tak tahu adakah mereka se Maktab selepas Munshi. Tanyalah mereka sendiri. Semuanya dah jadi sejarah dan yang penting sekarang mereka telah serumah.
Dalam kelas, Maria sibuk dengan koperasinya. Bagi saya, ingat Maria ingatlah koperasi. Ketika Tingkatan Enam di Munshi, saya tak tahu apa benda "koperasi tu". Apabila tamat UKM, saya bertugas di Jabatan Pebangunan Koperasi yang bertanggung jawab memantau koperasi, barulah saya tahu apa benda yang Maria buat dulu semasa menjaga koperasi Munshi.
Saya hanya tahu mereka berkahwin selepas berjumpa dengan pasangan arwah Tajudin/Juwita di Gemencheh pada 1985 lalu. Oleh kerana Maria/Han kawan sekelas yang menjadi suami isteri, saya kira tentu mereka sentiasa mengingat semua peristiwa di Munshi dulu. Kalau mereka pun tak ingat juga, maka sesungguhnya saya pun tak kecewa jika rakan Munshi kita pun telah melupakan nama kekawan yang lain pula...
Selepas keluar Munshi, saya berjumpa dengan mereka empat kali, walaupun satu masa dulu saya kerap ke Melaka kerana urusan perniagaan dan parti.
YB Datuk Mat Sirat pernah ke sekolah Maria, tetapi Maria tak pun memperkenalkan diri nya sebagai rakan se Munshi, malu kalau Mat Sirat tak ingat dan tak kenal akan dirinya.
Kini, apabila berjumpa dengan Maria wahai Rohana, Maria takkan kepoh lagi semacam di Munshi dulu. Maria jelas sifat keibuannya. Ketika hari pengebumian Tajuddin beberapa tahun lalu, saya melihat Maria menemani, mengiringi, dan menenangkan Juwita yang saya lihat langsung tak bermaya. Isteri saya pun, walaupun rapat dengan Juwita tak mampu lakukan sebegitu. Hati saya terlalu sebak ketika melihat aksi itu, walaupun masih mampu mempertahan gugurnya air mata.
Begitulah adanya. Selebihnya biarlah Maria dan Mohd Han yang bercerita.
No HP Maria 017-666 4737
Untuk Maria dan Han, saya hadiahkan lagu sempena ulangtahun kahwin nanti. Ha ha. Klik di sini.

0 comments:
Post a Comment