RAHSIA PENAMPAR MAUT MOHAMAD DAUD

Sebentar tadi saya terima dua emel lagi. Pertama emel dari Hayati Harun yang sekaligus membuktikan betapa saya begitu tidak perasan student perempuan di Tingkatan 6 Sastera 2. Banyak cerita lucu Hayati yang masih terbayang dan terngiang-ngiang dalam ingatannya. Eloklah diceritakan dalam blog khas kita ini sebelum ingatan kita diambil oleh Allah swt. Mohon dijauhkan Allah...

Assalammualaikum wm wb Ali,

Alhamdulillah, sebab awak buat blog ni lah saya belajar cara2 nak email dengan sukarela. Kalau tidak saya buat derk dan jadi pantang larang kalau kawan2 suruh saya email.

Bercerita tentang kisah Shamsuddin, sebab dia kena tampar dgn Cikgu Mat Daud lah saya, Sawiah, Lelee, Rohana Md Dali dan Saripah Nuri terus bertegur sapa dengan dia masa balik sekolah pada hari kejadian tu. Lepas tu kami berlima terus jadi kawan baik Sham. Kami berlima ni memang satu kepala, suka ketawa, lepak bawah pokok dekat tepi pagar sekolah pada waktu rehat. Lelee selalu bawa nasi bungkus saiz bantal bayi untuk kami makan bersama.

Aktiviti wajib kalau dah keluar biasiswa, masa balik sekolah kami draw duit di Bank Rakyat, makan mee goreng dan ABC kat tepi panggung Lido. Lepas tu shopping sikit2 kat Emporium Melaka atau shopping centre kat stesen bas. Sampaikan ada yang nasihatkan Lelee jangan ikut sangat group saya kerana nampak asyik enjoy walaupun periksa nak dekat. Group saya ni sebenarnya keturunan baik2, tak kacau orang. Cuma adalah sekali tu kami terkacau secara sengaja kawan sekolah dan saya sebut sebagai Tragedi Kad Hariraya Jahlelawati. Ingat nak seronok2 pekena diorang, tapi mereka dapat trace siapa yang empunya angkara. Bila bersemuka, kami tak mengaku, terpaksalah kami menegakkan benang yang basah. Harap mereka maafkan kesilapan kami.

Berbalik pada kisah saya selepas SMMA, saya, Lelee, Rohana masuk UM, Saripah masuk USM, cuma Sawiah saja masuk kolej jururawat. Lelee jadi guru di Muar, Saripah di LHDN Kuala Lumpur, Rohana di Kastam Ayer Keroh dan dijangka akan bertukar ke Kuala Lumpur pada bulan Mac ni. Dan saya masih disini dan mungkin akan tetap disini kerana................... suami saya dah bersara, nak pi mana lagi.

Sekian sahaja. Wasallam.

Betul tak kata saya dalam posting sebelum ini, penampar cikgu Mohamad Daud tu ada rahsianya. Rupa-rupanya jika tiada tragedi tu, maka Hayati, Sawiah, Leele, Rohana Mat Dali dan Saripah Nuri tak akan rapat antara satu sama lain. He he.

Empat nama yang diceritakan oleh Hayati diatas, kini mula saya ingat secara perlahan-lahan. Bak kata orang "macam pernah dengar aja". Malangnya saya tak dapat bayangkan muka mereka lagi. Kalau jumpa mampus tak kenal.

0 comments: