Disini ada beberapa catitan untuk renungan bersama kawan yang lain.
Kenangan bersama Norlida Baba dan Norhizan Md Top.
Saya pernah berkerja satu kementerian dengan mereka . Banyak kenangan silam dapat diimbau kerana adanya kesempatan waktu-waktu terluang terutama waktu rehat tengahari hari jumaat. Ida dan suaminyalah yang rekmen beli rumah di Sunway asalnya.
Dengan Izan ada juga kesempatan tapi kurang sebab dia sambung belajar di UITM Shah Alam dan jumpa sekali lagi dia dah di tukar ke ICU JPM. Saya juga ada call dia
Kalau yang belum tau Reduan tu adik ipar Ida. Cuba tengok betul-betul gambarnnya pada renunion kan muka serupa. Kalau siapa tak cam alamat dah lebih tua dari usia yg dah tua sekarang ni. Gurau aje .
Tahun 1991 saya bertugas di Institut Lembah Pantai KL ( sebelah UM). Walaupun cita-cita nak maksud maktab tapi tak berjaya ( jadi cikgu). Akhirnya kerja juga di tempat cikgu , alhamdullillah. Di sini saya banyak jumpa kawan mushi junior dan senior, termasuk Pn Ramlah Jantan ( Cikgu Geogrofi) yang bertugas di sini tetapi tapi dia dah tak ingat saya ketika di Munshi dulu.
Kenangan dengan Hanim
Hanim kawan lama dulu, kini dan selamanya, insyallah. Saya berkawan dengannya sejak di tkn 1 semasa di Tun Tijah ( Durian Daun) . Cikgu Jaafar tu cikgu kami ajar matematik. Jangan lupa Hayati Harun pun sama di Tun Tijah. Tkn 4 dan 5 terputus kerana saya masuk Munshi dan Hanim kekal di Tun Tijah. Jumpa balik di Munshi dan kami sambung semula kawan. Saya Pernah jadi cikgu sementara di Muar yg di rekmen olehya dan tinggal bersama dengan keluarga beliau. Terima kasih jasa keluarga Hanim tak terbalas rasanya Persahabatan terputus dan bersambung semula 3 atau 4 tahun sebelum kawin. Akhirnya kami mendirikan rumah tangga selang seminggu. Sejak itu pershabatan terus terjalin sehingga sekarang kerana duduk pun dekat( 2 km) saja.
Sebumbung pula dengan Y.Bhg Dato’ Kamaludin di Kem Belia dan Sukan
Bertemu semula dengan dengannya setelah Kementerian saya mengambil alih JPM di Jln Dato’ Onn. Beliau maklumkan kerja di KDN blok sebelah. Sebagai kawan rasanya adalah sekali saya kepejabatnya. Tapi perangainya tak sombong spt di sekolah. Satu hari dia telefon saya beritau akan tukar ke KBS. Ya Allah, malunya saya sebab saya juga akan berurusan kerja dngnya secara langsung. Bila dia datang saya buat kerja di admin, jadi saya kena bantulah dia, sebab pertama dia bos dan yang kedua kerana kawan. Tapi saya kata denganya waktu pejabat dia bos, itu perlu saya hormati. Tapi saya tabik senang berurusannya dgnnya. Jadi pada Roy perkara ini juga saya dpt rasakan. Apa pun saya ucapkan taniah pd Dato’ keluar KBS naik pangkat dan terus berjaya. Syabas dan saya bersyukur dengan apa yg tuhan kurniakan
Sekian coretan sempena Hari Jumaat yg mulia ini. Tapi jgn lupakan sedekahkan Al fatihah kepada kedua ibubapa kita sama hidup atau sudah pergi guru-guru, kawan kita. Nak comfirm dgn Ana dan Roy Betul ke Asah Johar juga telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah juga untuknya. Mastura kalau ada gambarnya tlg masuk blog.
Sekian jumpa lagi jika ada kesempatan waktu. Insyallah
Sahara Tawil
(Gambar: Datuk Kamaludin dan isteri)
0 comments:
Post a Comment