RAZAK LAJIS 6 SAINS

8 tahun lalu, ketika mini reunion di rumah arwah Tajuddin/Juwita di kampong Kemuning, Tampin, sahabat kita Razak, kini Hj Razak Lajis turut hadir. Program reunion pada Ahad lalu pun beliau hadir juga. Walaupun tak ramai pelajar sains, beliau tetap komited hadir.

Kami berdua sama-sama tinggal di asrama. Maka banyak le pengalaman yang sama di asrama. Pengalaman makan, studi di kelas, perangai penghuni asrama serta gurau senda dengan rakan lain yang sama. Hanya tak berkongsi gosip yang sama. Ha ha.

Ketika di Munshi, tubuh Hj Razak begitu sasa nampaknya. Memang layak jadi pemain ragbi!

Tak silap saya Tuan Hj kita ni masuk UPM selepas Munshi. Tolong betulkan jika salah ye. Tak sempat tanya habis-habis ketika berbual dulu.

Beliau bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad sejak mula sehingga sekarang. Istiqamah betul. Yang hebatnya kerja di bandar Melaka tetapi rumah di Taman Perwira, Jalan Sikamat, Seremban. Berulang setiap hari dan terus menguntungkan PLUS.

No teleponnya 019-629 0131. Teleponlah beliau untuk dapatkan air percuma!!!

(Gambar: Hj Razak bersama isteri Hajjah Rosnani Hj Harun)

1 comments:

Anonymous said...

Zak, Engkaukan duduk belakang aku masa di 6Sn2 dulu, bila Rosti lalu kat karidor bawah, engkau tembak dengan pistol tangan. Macam tembak koboi. Haa kan engkau ketawa besar tu... Lepas tu bila nampak tukang kebun trim pokok nampak cantik, kan kita berangan nak jadi tukang kebun. Ketawa lagi lah tu.