EMEL DARI ROHAYA LAGI

Selepas saya update blog ni, terima satu emel luahan hati Rohaya. Macamana dia pandai bersilat lidah dulu di Munshi, macam itulah juga emelnya hari ini. Baru saya tahu macam-macam gelaran kat bebudak pompuan asrama puteri tu hari ini. He he he. Baca emel Rohaya:

Assalamualaikum.........

Buat semua rakan seperjuangan di Munshi 78 (6 rendah dan atas) diiringi doa semoga semuanya dalam sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Semenjak dah ada blog munshi 78 setiap pagi dah jadi rutin untuk saya mencari cerita menarik dari Bro. Ali kita. Kalau kita fikirkan bukan mudah hendak mendapat sahabat seperti ini.

Bersyukur aje la mudah2an usia persahabatan kita kekal hingga keakhir hayat.....amin. Walau bagaimana pun ingin saya mengingatkan Bro. Ali kalau nak makan nasi briyani di restoran Yusof Haslam dengan En. Mazlan kita jgn lupa jemput saya kt sebelah ofis ni. Hahahah............

Di blog ini juga ingin saya menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala perbuatan saya yang mungkin melukakan dan menjadi kenangan pahit dihati junior saya semasa minggu orientasi 78 yang lalu. Begitu juga kepada semua rakan seperjuangan saya yang lain saya mohon maaf sekiranya disepanjang kita berkawan ada yang terkasar harap maafkan lah saya ya.

Semua sahabat-sahabat saya yang saya rindui terutama Rohana(Ana Cemas), Mastura Burn, Ida Nan, Hayati, Hanem (sory x bls sms), Ana melaka pindah dll sila hubungi saya .............Terima kasih Y.Bhg. Dato Md Aris Bakar yang telah call saya tmphari. Kepada yg dah bergelar Dato-datok tu sponser2 la tmpat special utk sesi pertemuan munshi 78........sebahagian dari amal jariah……………

Selamat menjalankan tugas harian moga hidup sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...amin.

STK

Wasallam

Rohaya Rahmat

0 comments: