RADUAN 6 SAINS


Emel Sahara Tawil kali ini panjang sekali dan amat berinfo sekaligus membongkar rahsia beberapa orang sahabat kita. Rahsia pertama berkaitan dengan Redzuan Mohamad.

Ejaan Redzuan dalam IC ialah Raduan. Raduan Mohamad bekas pelajar 6 Sains tinggal seasrama dengan saya. Rakan senda guraunya di malam hari ketika studi di kelas ialah Adam dan Bashir. Jawatannya dalam asrama putera ialah Bendahari. Maka setiap bulan, beliau akan mengutip yuran makan dari penghuni asrama. Baru saya teringat apabila beliau meng'sms' ke saya akan info tersebut.

Raduan juga Ketua Rumah Sukan Tun Perak. Fasal tulah badannya slim sehingga sekarang. Ha ha.

Sejak meninggalkan Munshi tak pernah berjumpa sehinggalah pada 1 Februari lalu di rumah Rohana Hashim.

Selepas meninggalkan Munshi, beliau menyertai pasukan Polis sehingga sekarang. Raduan pernah bertugas di Selayang, Klang, Shah Alam dan kini di Subang Jaya. Kini dah berpangkat ASP macam Adam juga.

Rahsia hebat yang Sahara sebut dalam emelnya ialah hal abangnya Raduan berkahwin dengan Norlida Baba 6 Sastera 2. Maka, beliau kena panggil Norlida "Kak Norlida" le. He he. Apa boleh buat.

Untunglah kau Raduan, kawan dah jadi saudara!!

Terima kasih Sahara kerana info ini. Nak harap depa cerita, takkan diceritakannya. Ha ha.

No Tel Raduan: 017-362 0913

1 comments:

Unknown said...

ASP kita ni dengar kabau hebat juga besit kereta di j/raya. Siapa nak saman dia kan.