Alahai, saya tak perasan semalam 11 Februari, tarikh lahir Hanim bersamaan dengan tarikh ulang tahun Revolusi Islam Iran juga. Saya ada membuat sedikit ulasan terhadap revolusi itu dalam blog lain. Untuk mudah baca aja di sini seperti berikut:
3 KELAINAN REVOLUSI ISLAM IRAN
Apakah kelainan utama Revolusi Islam Iran dengan revolusi lain pada abad moden ini?. Secara ringkasnya ialah ada tiga kelainan:
Pertama, pemimpin dan cara hidup pemimpin revolusi itu. Revolusi di Iran dipimpin dan digerakkan atas nama Islam lanjutan dari semangat syahidnya cucu Rasulullah saw, Saidina Husein di Kabala. Semangat "Karbala" sentiasa dihidupkan setiap tahun di bulan muharam sempena syahidnya Saidina Husin. Maka semangat revolusi sentiasa segar di dalam dada dan jiwa rakyat Iran. Sejak Imam Khomeini menjadi pemimpin tertinggi Iran sehingga kepada Ali Khamanei, kehidupan mereka tetap sederhana, walaupun ianya sebuah negara kaya sebagai pengeluar minyak terbesar dunia. Lambang zuhud, warak, tidak bermewah, tidak bermegah dengan gelaran dan harta benda merupakan manifestasi akhlak Rasullullah saw sebagai pemimpin dunia. Jika mereka mahu hidup mewah, dunia tidak akan kata apa-apa kerana memang itulah perangai dan cara hidup pemimpin dunia jika mereka memerintah.
Kedua, Iran secara jelas, tegas, dan yakin tidak tunduk dengan dasar dan arahan imperialis Amerika. Walaupun Libya dan Iraq juga dilihat pernah tidak tunduk kepada Amerika tetapi akhirnya secara senyap, terpaksa akur dengan arahan Amerika. Iran seolah-olah Vs dunia. Itulah objektif sebuah negara Islam, membebaskan dunia dari perhambaan sesama manusia kepada tunduk kepada Allah swt.
Ketiga, rakyat Iran berjaya ditanam semangat jihad bersedia menerima risiko berperang dengan mana-mana kuasa besar di dunia ini demi Islam. Semasa lawatan saya beberapa kali ke Iran dan saya bertanya sendiri kepada pemandu teksi dan bas; jawapannya mereka sanggup syahid jika itu arahan Imam Ali Khamanei.
Ya, Iran bukan sebuah negara terpencil memikirkan hal negerinya sendiri, tetapi ia sedang menyediakan pemikiran kepada semua pemimpin negara-negara umat Islam di dunia ini supaya membebaskan diri dari cengkaman pemikiran Amerika, pelindung zionis Israel!!!!
1 comments:
A.kum tuan,memang tidak dpt dinafikan Iran adalah negara yg perkasa dipersada dunia,berikutan dari sejarahnay yg ulung,setanding Byzantine,Greek dan Mesir purba.Atas dasar dan pembawakan inilah mereka memperkasakan negara mereka.Apabila kedatangan Islam,mereka masih tidak dpt melupakan sejarah keagungan silam,justru dasar politik mereka diwarnai oleh Islam.Begitu bersungguh2 mereka menerapkan pengetahuan ilmu kalam mereka melalui kalam{scholastic theology} Mu'tazilah,falsafah peripatetik{masyasyi}yg begitu berkait rapat dgn pandangan Ibn Sina walaupun dari segi akarumbi,lebih kepada pandangan Al Farabi,falsafah illuminasi{Isyraqi},falsafah Ibn Al Arabi{melalui wahdat al wujud dan Insan Kamil}.Diperkuatkan lagi bila pd abad ke 16,datangnya Mulla Sadra dgn falsafah Insyiqaq dimana beliau merangkumkan kesemua ilmu yg ada dlm memahami dunia Islam baru.Perlu diambil perhatian juga,walaupun mereka dan kita sama2 Islam,tetapi keIslaman mereka diwarnai dgn sejarah ,iaitu ahlul bait yg nampak extreme,falsafah Islam yang sebenarnya menggunakan Islam untok falsafah,bukan sebaliknya,ilmu kalam mereka yg terlalu bergantung kepada sistem rasional,kecuali sedikit sahaja yg diambil dari Ibn Rushd,tasawuf mereka yg lebih bercorak pantheism{mungkin ada unsur panentheism,yg lebih Islamik} dan akhi sekali dgn falsafah Mulla Sadra.Tetapi yg paling saya khuatirkan ialah penggunaan warna sejarah extreme ahlul bait dan sikap mereka dgn penerapan Zoroastrian yg jelas dlm falsafah Iluminasi Isyraq mereka{cuba lihat Suhrawardi,Al Maqtul,jgn keliru dgn Umar Al Suhrawardi}.Melalui proses2 ini lah yg dapat membezakan kita dgn Iran dlm menangani kemelut Islam sejagat.
Harap jgn kita terpesong dgn mereka,ingat Islam ini ada 72 cabang,satu saja yg diterima Allah.
Sorilah kalau tak setuju.
WallAhuAlam
Jadinya diminta jgn kita nak samakan Iran dgn kita yg Ahli Sunnah ini.
Post a Comment