Saya mendaftar di Munshi pada 1978, selepas beberapa jam hari pertama sessi sekolah 1978 bermula. Selepas masuk pagar sekolah dan hendak menghampiri pejabat, ada seorang pelajar di luar pejabat menyapa saya "Ali, dari Kedah ke". Dia sambung lagi, " kawan lama Munshi di Kedah dah bagi tahu hal u".
Pelajar inilah yang mengiringi saya ke Pejabat Sekolah dan seterusnya ke kelas 6 Sastera 1. Lepas tu barulah ditemuduga seorang demi seorang oleh "para gangster" dalam kelas tu. Ha ha. Yang paling saya ingat ialah Zakaria Osman, Mazlan dan Rohana. Tu lah fasal saya sentiasa merindui mereka semua. Ha ha.
Tahukah siapa pelajar pertama Munshi yang saya kenal itu? Jika nak tahu, dengarlah Radio Melaka setiap Isnin jan 9.15 hingga 10.30 malam sehingga di hujung rancangan. Hayati dah tahu fasal dia dengar Radio Melaka semalam.
Kawan ini saya jumpa 2 kali selepas tamat Munshi 1978. Pertama ketika saya di UKM dan berjalan-jalan ke Air Molek menziarahi seorang junior Munshi, lantas mengambil kesempatan berjumpa kawan ini. Ketika itu beliau belajar di MPSI. Kali kedua pada akhir tahun lepas kerana saya ada program berhampiran dengan rumahnya di Air Molek, tetapi tak dapat bersembang lama kerana masing-masing ada urusan segera.
Betapa helpfullnya si kawan ini ketika saya sampai di Munshi dulu, maka saya terasa akan orang Melaka bukan sahaja "hati mau baik be", tetapi sekaligus ringan tulang. Saya tinggal di Batang Melaka, Melaka, yang budaya dan loghatnya ialah Negeri Sembilan. Ha ha.
Saya sedang menunggu gambar terbaru dari kawan ini, baru saya cerita lebih panjang lagi akan liku-liku hidupnya. Sebak juga apabila mendengar ceritanya. Malah saya cemburu apabila beliau mengulas puisi di Radio Melaka kerana saya pun peminat puisi. Ha ha. Apakan daya saya "tersesat" di bidang lain. Wooo!
Dengarlah Radio Melaka setiap Isnin jam 9.15 Malam.
Opps, kat Air Molek ni juga ada seorang rakan 6 Sastera 1 bernama Rohana juga. Siapa yang tahu di mana dia.
0 comments:
Post a Comment