CERITA ZAINUDIN 6 SASTERA 2

Sebentar tadi menerima emel dari Zainudin Hj Idris 6 Sastera 2 yang kini nun jauh di utara. Bacalah kesahnya:

Assalamualaikum, sahabat semua!

Sorry la lambat sikit respon kat kau orang semua. Maklumlah aku ni jauh terasing kat utara ni.

Lepas sekolah dulu aku kutip anggur sekejap( menganggur) lepas tu bila ada ofer dari PDRM aku cuba nasib, dapat lak tu. Lepas latihan aku pada mulanya ditempatkan kat Jalan Bandar KL. Tapi masa tu KM Pulau Pinang Cong Yu minta nak pakai polis ramai, jadi aku dihantar ke P.Pinang. Masa tu aku jumpa Inspekter Baharuddin ( sekarang ASP). Cuma dialah sahaja sahabat yang aku ada dari satu sekolah. Kau nak tau dia ni cukup budiman, selalu nak belanja makan dan nak beri duit.

Bila aku bertukar ke Balai Polis Bukit Bendera Pulau Pinang aku terserempak dengan Cikgu Amin, dia datang rombongan. Lepas tu aku tukar ke Kedah terus hilang kontek dengan mereka.

Keluaga aku kecik je, aku ada anak 3 perempuan dan satu lelaki. Oop lupa dan satu cucu, satu aje tau bukan tiga!

Buat masa sekarang ni aku bertugas di IPD Baling, Cawangan Mahkamah. Hampir 18 tahun aku berada di Daerah Baling. Bila aku bertugas dimahkamah apa yang aku sedih ialah apa nak jadi dengan bangsa aku ni! Boleh dikatakan 99.9% anak Melayu paling ramai terlibat dengan jenayah/dadah, tak kiralah sama ada kes di Mahkamah Majisteret, Sesyen atau Mahkamah Tinggi. Kekadang aku terfikir macam manalah jenerasi akan datang.

Sebelum aku akhiri gebang aku ni, aku nak beri tabik hormat(aku tengah bagi tabik ni) kat kau Ali, sebab kau dah berjaya menyatukan kita orang kembali walau pun masing-masing berjauhan dan dengan kejayaan masing-masing, tapi bila kau orang hubungi aku terutama Hayati, Sahara, Razak. Lt Col.Rashid, Shamsudin, ASP Adam dan Cikgu Haris serta Amin aku teruja sangat.

Terima Kasih aku pada ASP Baharuddin dia banyak tolong aku. Tabik Tuan!!!.

Akhir sekali kalau kau orang buat reunion jangan lupa kat aku di Baling ni. Insyaallah aku akan datang jumpa kau orang semua.

Assalamualakum!!!.

0 comments: