CERITA KE SINGAPURA LAGI

Mokhtar memulakan cerita rombongan ke Singapura selepas peperiksaan STP. Hari ini Sahara pula menambah cerita ceriti ke Sungapura lagi. Baca emelnya di sini:

Salam kawan-kawan.

Sebenarnya saya memang pun nak kongsi kenangan semasa rombongan Munshi 78 ke Singapura yang dianjurkan Cikgu Rashid. Yang saya ingat turut pegi kebanyakan 6 Sastera 2. Antaranya ialah Shamsudin, Amin, Kak Soadah, Jameah, Nor Kamariah, Hayati, Sh Nuri.

Md Jadi Larut memang saya ingat sebab dia satu bas dgn saya. Yg Mokhtar saya tak perasaan. Jadi kami terperanjat bila dia tak dpt masuk Singapore. Jadi sebagai tanda simpati ahli bas I, kami berikan buah epal dan pear yg kami beli ( masing-masing kan ada shoping- masa tu buah di msia mahal) pakat-pakat beri.

Tergelaknya epal dan pear Md Jadi lebih banyak dari yang kami beli. Ha itulah cara hidup bermuafakat. Kalu Md Jadi baca blog ini mungkin dia dpt fleshback 2 hari di Johor Bahru apa dia buat. Dia ada cerita masa dlm bas tapi kami tak ingat. Mokhtar mungkin boleh cerita pengalamannya . Itulah agaknya dia aply peribahasa BERAKIT- RAKIT KEHULU BERENANG- RENANG KETEPIAN ------------- sambungkan sendiri.

Akhirnya siapa sangka lebih dari Kota Temasik dia pegi. Agaknya masa dia sedih kami masuk Tambak Johor, tempat lain yg dia nampak.

Sham, saya rasa ke Singapura asyik bawa kamera. Ha, apa lagi antalah gambar kenangan. Saya tahu Sham masa sekolah buat part time Cameramen sebab tu dia jadi taukeh duit masa sekolah. Akhirnya pun dia dah pandai jadi banker.

Antara kenangan yg saya tak boleh lupa, sedih wpun seronok berjalan , kerana isteri cikgu Rashid hilang wallet. Kenangan lain yg saya tak boleh lupa macam mana saya menangis takut naik kabel car di Pulau Sentosa. Saya naik bersama Jamiah, kak Nor, kak Saodah. Bersama-sama saya pekerja restoren di Pulau Sentosa. Dia yg beri semangat kat saya. Tau apa dia kata "Apa lu takut, kalau nak mati mana-mana pun mati. Saya ari- ari naik lo, mau cari duit” .

Balik dari rombongan, oleh kerana sampai tengah malam, kak Saodah tidur di rumah saya. Ingat tak kak Saodah ?

Bye .

0 comments: