Sekali lagi super agent James Bond kita, Hayati Harun berjaya mengesan seorang lagi rakan 6 Sastera 2 Munshi kita, Haris Bahari.
Haris Bahari dilapurkan bertugas di SK Pengerang, Kota Tinggi, Johor sebagai Guru Besar. Beliau ketua kelas 6 Sastera 2 dan fasih berpantun serta berdebat. Maka saya sudah sms sebuah pantun kepadanya:
Haris Bahari dilapurkan bertugas di SK Pengerang, Kota Tinggi, Johor sebagai Guru Besar. Beliau ketua kelas 6 Sastera 2 dan fasih berpantun serta berdebat. Maka saya sudah sms sebuah pantun kepadanya:
Dari Melaka ke Kota Tinggi
Tempat lahir Usman Awang
Dikau mengajar jauh sekali
Takkan nak lupa kita orang.
Tempat lahir Usman Awang
Dikau mengajar jauh sekali
Takkan nak lupa kita orang.
Ha ha. Kita tunggu jawapannya.
Jangan tak tahu, Harislah orang yang menyebabkan termetrinya jodoh Hayati dan suaminya sekarang, abanganda Hamsa. Ha ha. Biarkan mereka yang cerita sendiri. Sasterawan Negara, A. Samad Said berkata, kita ada dua telinga dan satu lidah. Maka saya kena mendengar aja le. Ha ha.
No HP Haris 013-799 3249
(Gambar: Duduk hadapan: Haris yang kelima)
3 comments:
Ke Kota Tinggi mencari rezeki,
Takdir Allah aku ke sini,
Takkan ku lupa kenangan di Munshi,
Member 78 tetap di hati.
Inilah Kharis. Gambar belum ada. nanti aku buat yang paling handsome.
Miss Tan selalu kepoh cari Kharis . Selalu hantar kedatangan murid lambat. Demokrasi pilih Kharis sebab mamat hansome. Sekarang da jadi guru besau . Ini mastura jadi guru kecik je
Kenapa hantar kdtg. lambat? Sebab nak selamatkan kawan-kawan. Aku ni tak sampai hati dgn kawan-kawan. Sampai sekarang pun tak sampai hati nak tekan-tekan cikgu aku. Sekarang cikgu aku kerja deng kita, an tenang, gembira dan penuh dedikasi.Pada aku, kalau kita mahu orang tolong kita, kita mesti tolong orang lain dulu. kalau kita mahu orang baik dengan kita, kita mesti baik dengan orang.
Post a Comment