Salam saudara Ali Maidin, sahabat Munshi ku yang diingati dan tidak lupa semua rakan2 seperjuangan Munshi Abdullah78.
Saya tidak sabar lagi nak jadi tukang karut dalam blog kita ni. Syabas Ali Maidin pembahas Munshi yang tidak boleh dikalahkan masa tu (78). Saya pun terkedu bila berhujah pasal ekonomi masa kelas Cikgu Rashid tu. Tapi sekarang kalau nak ajak saya berbahas politik, ekonomi, sosial, boleh no problem laaaa sebab dah banyak pengalaman....he he.
Saya sedih jugak tak dapat join masa reunion kat rumah Ana tu. Apa nak buat kan....baru kena bedah...tapi Alhamdulillah, kita dapat berkomunikasi dalam blog ini. Itulah canggihnya Ali Maidin tu. Mukaddimah :-
1982-1990 : Petronas Dayabumi, (Ali Maidin ada datang rumah kat Setapak)
1991 : Petronas Gas Segamat
1997 : Petronas Gas Pasir Gudang, Johor
1999 : Petronas Penapisan Melaka, sampailah sekarang.
Jadi, seperti yang diminta oleh Saudara Ali supaya saya hantar sikit cerita lepas Munshi, memang banyak cerita saya, kalau sanggup baca, ni dia......
Lepas Munshi, saya masuk 3 Universiti & 2 sekolah asrama...hebat kan?, tapi ini cerita dia ...Saya masuk UITM buat PJJ tahun 1991, dapatlah naik pangkat pegawai tu...sampailah sekarang kat Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang. Berbalik cerita unviersitu & asrama tadi : . Tahun 2005 hantar anak lelaki masuk UUM, Tahun 2007 pulak lagi sorang anak lelaki kat UM. Tahun 2006 & 2009 hantardua orang anak prempuan masuk asrama sekolah Sharifah Rodziah, Melaka.Itulah sebenarnya...
Sekarang ni kisah saya lepas keluar Munshi : Baca sampai habis, tak manis kalau baca sekerat......
1) Februari 79 : ’Kerja’ kat KL. Bila result STPM tak berapa bagus, saya terus kerja kat ’Finance Company.
2) Ogos 80 : Dapat peluang keemasan bersama kumpulan kebudayaan Studio Tradiosa, pergi PARIS (tiga minggu), wakili negara Malaysia ke Pesta Kebudayaan Rakyat’, saya main ’Gamelan’. Takda belajar formal langsung tapi ’by heart’ & selalu tengok member main alat tu....jangan mare, gambar saya keluar kat surat khabar Peranchis. Semasa balik, singgah pulak kat LONDON (seminggu) , galamour habislah sebab masa tu bujang kan....
3) Mac 82 : Dapat kerani kat PETRONAS (tapi sebenarnya ada dapat tawaran sebagai ’Pegawai Imigeresen’ tapi saya pileh Kerani kat PETRONAS laaa.
4) Kisah Tingkatan 6 Sastera 1 : Nama glamour yang saya ingat ialah USA1 (Upper Six Art One). Saya tak rapat sangat dengan yang lain2 dalam kelas tu atau kelas lain sebab saya masuk bulan April sampai November 78, masuk pun terus Upper Six gitu...dengan Aris Bakar. Tapi Rohana Hashim memang saya tak pernah lupa sebab dialah yang mula2 ’interview saya dengan geng dia...lupa pulak siapa
5) Rombongan ke Singapura : Ada sesiapa ingat Cikgu Rashid buat rombongan ke Singapura lepas periksa. Saya & Md Jadi Larut tumpang semangkok sebab kerusi banyak kosong. Lepas exam paper Sejarah Islam saya cabut awal sebab takut terlepas bas. Tapi saya dengan Md Jadi Larut tak ikut rombongan masuk Singapore sebab takda passport. Dah tu, malamnya tidurlah kami kat Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, tunggu lah dia orang sampai keluar Singapore, baru join semula balik ke Melaka. Tapi kenangan tu saya dengan Md Jadi yang tau cerita selanjutnya…..mencabar..
6) Cikgu Md Yassin (ajar sastera/kebudayaan) : Saya ada jumpa dia sekali masa saya jadi AJK Pertandingan Nasyid anjuran Perbadangan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) kat Oditorium Al-Azim, Melaka. Bila saya cerita Munshi, sah dia ingat terus tak lupa langsung.....kan dia ada ajar Drama, saya pun adalah jadi pelakon last minit.....seronoknya..
7) Cikgu Mohamad Daud : Betullah sapa beritau hari tu dia ada kelas Tadika. Saya jumpa personally (tapi dia tak kenal saya….) sebab tolong kawan cari rumah sewa, pergi kat Kelas Tadika kat Pringgit tu ada 2 unit rumah sewa. Ada lagi rumah sewa dia kat Taman Cempaka. Tapi jangan under estimate dia, anak perempuan dia Lawyer you....kat Melaka Raya ada firm dia. Pun saya pernah jumpa juga....
8) 40 orang pelajar Munshi datang jumpa saya : Jangan under estimate saya........hahaha sebabnya masa saya kat Petronas Melaka ni incharge ’Public Affairs’, apa lagi banyaklah student datang melawat, termasuklah pelajar Munshi tu. Saya pun tebar lah cerita Munshi, bagi dia orang motivasi lagi....sebab saya biasa pergi sekolah masa buat pameran petronas, bagi sekali sesi motivasi, saya banyak ’lanyak’ pelajar-pelajar Melayu...sampai menangis pun ada, sebab nak bagi dia orang sedar. haa kan dah kata tadi, sekarang boleh challenge saya kalau nak berceramah......
9) Zakaria Othman : Kenangan manis sebab aku pernah tidur kat rumah dia masa bolasepak piala dunia tahun 78 tu…tapi sekarang ni dia dok main ’sms’ aje kat aku, tak jumpa2 lagi, maklumlah pengurus tu sentiasa sibuk, tapi kabornya dah jadi uztaz sekarang yaaa, Alhamdulillah….
10) Alias Nayan : Dia sekampung saya kat Melaka Pindah. Betul lah sape tulis hari tu ye
11) Rohana Md Dali : Dia sekampung dengan saya. Kira-kira Kampung Melaka Pindah ni terrer juga lah sebab 4 orang masuk Munshi, saya, Rohana, Alias & Aris Bakar.
11) Md Jadi Larut : Selain dari Ali Maidin, Md Jadi Larut adalah kawan Munshi yang paling saya ingat dan memang cari sampai sekarang, tak jumpa-jumpa, harap harap panjang umur lagi.........Insya Allah satu hari saya akan jumpa dia.....
12) Arbaeyah : Memang ingat si putih melepai tu sebab dia selalu menyayi bila jumpa saya
13) Kawan2 lain yang saya pernah jumpa :-
Rajak Lajis (kat Syarikat Air Melaka) tapi dia tak senyum, macam tak kenal aje tapi saya kenal walau pun lain kelas, Itulah cerita yang boleh saya ingat yang dapat saya kongsikan.
Yaakob Othman – ada jumpa, baru 2 atau 3 kali jumpa, ada pegi rumah dia dekat dengan rumah isteri saya kat Bacang tu.
Jaamat Alimat : Badan dia masya Allah, tak sangka, macam belon di masukkan air, berbeza sungguh masa Munshi dulu
Jadi lebih kurang itulah cerita saya, kira halal lah ye, nama2 yang disebutkan tadi ialah nama sebenar dan memang pelakon asal.......harap maaf jika tersinggung sebab mungkin saya tersasul...Salam & jumpa lagi rakan-rakan...........Insya Allah
1 comments:
Saudara Mokthar,
Maaf saya tak perasan masa tu, maklumlah dah umur 50 sekarang ni....
Post a Comment