LAGI KESAH MOHAMAD DAUD

Sesungguhnya cikgu Mohamad Daud itu lagenda kepada Munshi 78. Selepas Shamsudin Yusof dan Hayati Harun menghimbau cerita penampar maut Mohamad Daud, kali ini Mastura Bachik pula yang teringat beberapa babak menarik hal guru ini. Bacalah emel Mastura:

Salam Ali, Shamsudin, Dayah, Roy dan lain2.

Bukan Shamsudin je kena tempeling dek cikgu Daud. Aku, Hidayah, Ida, Roy dan yang lain semua kecut perut kalau dia mengajar.

Dia berbulu sungguh dengan bebudak bertudung. Pernah sekali apabila Hidayah senyap, Mohamad Daud menengkingnya dan bertanya "kenapa tunduk?". Hidayah menjawab "saya demam'''.

Aku suka tulis Bismillah kat kertas jawapan peperiksaan dan dia marah kat aku dan berkata "ilmu baru sejengkal" dan dia menyuruh aku membaca sifat 20 dan doa qunut pula .

Antara budak perempuan yg mula pakai tudung ialah Hidayah dan Hanim. Hanim manis sekali pakai tudung ikat belakang dan jahit sendiri. Sampai sekarang dia pandai menjahit. Dia pernah bagi free satu tudung kat aku. Bahagianya aku dapat pakai tudung free tu.

Mastura

Demikianlah sebahagian cerita daripada emel Mastura. Ada banyak lagi ceritanya dalam emel itu tetapi perlu huraian lanjut dari Mastura. Harap Mastura ceritakan lagi ya.

0 comments: