Dear Ali,
Thanks for respons to my email.
After 1978 - saya kerja di kilang Simon. Di Waktu malam ambil kelas STP-GPMS sambil jadi voluntuer teacher for geography and General Paper.
1979- STP kali kedua, dapat -5 Principle dan mendapat tiket ke Universiti Malaya. Yang syok sikit tu, jumpa Zakariah Jaafar di UM, ala...yang gaduh dengan I, yang ejek I sebab I suka sangat ekonomi tu..tapi tak dapat ke universiti juga katanya! Tiba-tiba bila masuk Tahun 1 di UM, jadi kawan baik le pulak. Dia ajar I Bahasa Arab dan berkat.. dapat A pulak tu... Pertemuan hari-hari di liberary UM tu, menyebabkan sikit lagi I terjatuh ke dalam cinta monyet!, adalah jalan-jalan ke asrama Mastura Bachik di UKM. Katanya nak bawa I lihat-lihat UKM, lawat Mastura. Mastura pula siapkan settingnya. Mastura masak sedap juga dan lepas tu balik naik bas bersama, belum sempat pegang-pegang tangan .... tapi tak ada jodoh, sampai hari ini I tak tahu gerangannya si Zakaria Jaafar itu...
Lepas itu, I Graguate -1983, ambil Diploma Pendidikan.
1984, jadi guru di Pahang 1 tahun dan kawin dengan orang Johor. Pindah Johor 1985 dapat anak kembar perempuan dan pada 1990 buat Master of Educational Technology.
1992 Jadi pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim 11 tahun dan di Johor dapat anak ke tiga dan keempat.
Pada 1996, bersama empat anak dan suami tak ikut, I ke Australia ( University of Sydney, NSW) bagi berjuang untuk merebut gelaran Doktor Falsafah dalam bidang Curriculum, Teaching and Learning. Berjaya melaksanakannya pada genap 3 tahun pada 1999, kembali ke MPTI semula.
Pada 2002, pindah Melaka jadi pensyarah Universiti Teknikal Malaydia Melaka, hingga hari ini. Telah menghasilkan 4 buah buku dan menjadi rujukan di UPSI dan kebayakan pelajar di seluruh universiti di Malaysia dalam bidang Reflective Thinking and Professionalism, Kepimpinan dan Clinical Supervision.
Walaupun Mastura yang kepoh ini rapat dengan saya, cerita Hanipa dan Zakaria Jaafar melawat dia di UKM dulu tu, tak pernah pun diceritakannya kepada saya. Gua caya lu lah Mastura.
Tel Dr Hanipa 017-6013196
3 comments:
Tahniah PROF kalau tak silap nama u hanifah dan kembar u HAJARIAH ada butik di SEMUA HOUSE. plse cfm untuk pengetahuan rakan semua
Semuga puan dan keluarga sehat selalu dan jangan lupa pula pada sejarah kita.Sejarah telah mengajar kita menjadi manusia saperti hari ini
Salam dari saya dan keluarga
Post a Comment