Kamaludin, kini Dato Kamaludin Said, anak Bachang Melaka menyertai Munshi pada 1977. Pelajar macho ini sering dilihat berjalan laju bila berjaan balik selepas tamat sessi sekolah. Oleh kerana saya duduk ditepi kelas dan kelas pula di bahagian tangga turun, maka pelbagai gelagat pelajar yang dapat saya perhatikan dan menganalisa sendiri di hati.
Selepas tamat Munshi 78, Kamaludin belajar di UM pada 1979-1982 dalam bidang Undang-Undang. Rupa-rupanya ada dua orang student Munshi 78 yang mengambil jurusan ini dan seorang lagi ialah Yaakob Mat Sam. Ingatkah anda lagi akan nama ini. Saya hanya diberitahu oleh Rani kelmarin apabila beliau respon dengan sms saya.
Apabila berjumpa semula Kamaludin pada majlis reunon pada 1 Februari lalu di rumah Rohana, saya sudah boleh mengagak paras wajahnya. Rambutnya masih lebat dan hitam bugar lagi. Ha ha. Sepanjang pertemuan ini, beliau cool sahaja, tidak kelam kabut seperti mana tahun 1978 dulu. Sesungghnya profesion beliau kini telah membina perwatakannya seperti yang saya lihat sekarang. Wooo.
Hanya Mat Aris, Rashid Ahmad, Rohana Hashim dan Kamaludin sahaja yang mengisi borang khas yang kami sediakan ketika majlis reunion lalu diisi dengan lengkap. Maka banyaklah yang boleh saya paparkan dalam blog ini.
Kemana Kamaludin selepas tamat UM pada 1982. Beliau mencatat di dalam nota tempohari seperti berikut:
1984-1986 - Bank Negara
1986-1987 - Majisteret Batu Gajah
1988-1994 - Jabatan peguam Negara
1994-2000 - Kementerian Dalam Negeri
2000-2001 - Kementerian Belia dan Sukan
2001-2003- Timbalan Pendakwa Raya
2003-2005 - Peguam Kanan Persekutuan
2005-2008 - Timbalan Ketua bahagian Guaman
2009 - - Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara
Nampaknya karier Kamaludin meningkat takah demi takah dalam sistem pentadbiran perundangan negara kita. Karier ini tidak memungkinkan ia terlalu mendedahkan dirinya kepada pihak awam demi menjaga integriti perkhidmatannya. Kesanggupan beliau hadir dan bermesra dengan kita pada majlis reunion tempohari satu pengorbanan besar.
Teringat saya akan komen Sahara mengenai Kamaludin yang dikatakan sombong masa belajar dan mesra apabila menjadi bosnya di KBS pada tahun 2000. Sebenarnya semasa belajar Kamaludin mungkin serius dengan cita-citanya sehingga tak sempat melayan kerenah pelajar lain khususnya pelajar perempuan. Ha ha.
Mengikut Mastura, Kamaludin selalu tak mahu kalah dengan pelajar perempuan dalam kelas. bila berhujah. Ha ha. Itulah sifat penakluk!
Berdasarkan info Shamsudin, Kamaludin menerima anagerah Dato dari kerajaan Pahang dan Melaka atas merit perkhdimatannya. Beliau berdua sesekali main golf bersama oi. Saya dengan Suhdi nak beli kayu golf pun tak mampu. Ha ha.
Mengikut khabar angin yang sohih, isteri Kamaludin sekarang, Datin Hamidah Hassan merupakan pelajar junior Munshi dan pernah menjadi pelajar terbaik Munshi , tetapi tak tahu ketika apa, samada SPM atau STP. Mengikut Aris Bakar "aku pernah terpandang Kamaludin dengan isterinya itu di UM naik bas bersama". Ha ha pecah rahsia Dato kita. Jangan Aris tersilap orang sudah le. Harap-harap itulah orangnya yang kini sebumbung dengan Kamaludin.
Demikianlah coretan saya mengenai Kamaludin yang kini Dato Kamaludin berdasarkan pelbagai sumber yang sampai ke telinga saya. Saya hanya mencatat sejarah lalu untuk tatapan kita supaya bahagia dengan makanan nostalgia ini. Wooo
Kita doakan Kamaludin akan terus sukses dunia akhirat.
No HPnya 012-237 6828
2 comments:
sam dan dato k main golf Ali tanam serai je la . dari tanah kita kembali... Saya masih ingat wajah isteri dia masa jadi junior . Sabarlah Ali pengal depan kami sokong Ali. Ali pernah kata menang tak semestinya benar kalah tak semestinya lemah. Ali dan saya selalu menongkah arus...
-MASTURA :)
Pasal Datin Hamidah..
betul le dia student munsyi, Geng Durian Tunggal.. belajar di Form 5 Sains tahun 1978..
Bila Allah dah tentukan jodoh..
maka dari dulu hingga sekarang dapat tengok wajah yang sama..
Post a Comment