Sudah lama nak cerita hal ini tetapi kerana banyak cerita dari kekawan lain yang datang, maka saya rakamkan cerita ini kemudian. Hari ini saya free untuk mencatatnya dalam blog ini.
Pengalaman sebelum ke Tingkatan 6 dan di sekolah lain menyebabkan saya cukup risau untuk menganjur pelbagai program atau projek kerana bukan mudah mendapat pekerja atau tenaga sukarela. Pening kepala nak memujuk dan mengarahkan kawan sekeliling bagi melaksanakan sesuatu program.
Entah macam mana di Munshi pada 1978, Persatuan Ugama Islam SMMA telah diberi mandat oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk menganjurkan Pertandingan Bahas Se Melaka. Mak oi cemas saya, macam mana nak laksanakan. Saya hanya baru beberapa bulan di Munshi, masih tak kenal hati budi pelajar Munshi untuk menggerakkan program ini. Nama mereka pun saya tak tahu.
Bila program ini diwar-warkan, ramainya pelajar yang menawarkan diri bersedia untuk menjadi petugas. Pada satu tahap kritikal nak cari juri hakim, tiba-tiba Mohamad Amin Rohani 6 Sastera 2 datang berjumpa saya dan bertanya ada kerja kosong lagi tak. Ya Allah, masa tu memang juri hakim tak cukup fasal pertandingan bahas ini di jalankan serentak dan ianya memerlukan hakim yang ramai. Bila Amin menawarkan diri, selesai masalah besar saya.

Ada satu lagi masalah saya ialah mencari pembahas mewakili Munshi. Manalah saya tahu siapa di kalangan pelajar Munshi yang ada bakat sebagai pembahas. Kalau depa kata Suhdi, Suhdilah yang saya ambil. Ha ha. Bila dirujuk kepada kekawan sekeliling, semua sepakat mengatakan Haris Bahari 6 Sastera 2. Saya pun tak tahu bakat Haris sehingga hari pertandingan. Wau ucapan beliau semacam Sukarno bib. Yang syoknya Haris terus menerima pelawaan saya tanpa soal lagi. Kalau di sekolah lain, jenuh memujuk. Tak ke haru dibuatnya.
Pasukan bahas Munshi diwujudkan secara adhoc sahaja yang terdiri dari saya selaku pendatang baru di Munshi, Haris dan Malik dari Tingkatan 4 sahaja. Tanpa latihan, tanpa perbincangan dan tanpa tunjuk ajar, kami terus terjun dengan labu-labunya dalam pertandingan itu. Johan pulak tu. Ha ha. Nampak sangat orang Melaka lebih pandai berdondang sayang dari berbahas sehinggakan pasukan tangkap muat Munshi ni bisa menang. Ha ha.
Dari peristiwa menguruskan Pertandingan Bahas Se Melaka inilah, saya jatuh cinta dengan orang Melaka. Depa ringan tulang dan very helpfull. Hanya saya tak kahwin orang Melaka. Ya hooo!
Haris, tokoh debat Munshi meneruskan peranannya sebagai pendebat mewakili Maktab Perguruannya di Kota Bharu dalam pertandingan antara Maktab pula. Ha ha, jangan tak percaya, dia tewas di peringat separuh akhir dengan kawan SeMunshinya sendiri iaitu Rani yang mewakili UPSI ketika itu. Tak apalah Hang Jebat pun kalah dengan kawan sendiri Hang Tuah kan...
Demikianlah yang empunya cerita untuk cuti hujung minggu ini.

0 comments:
Post a Comment