Petang semalam Haris Bahari berjuang menghantar emelnya. Rakan kita yang tercampak dihujung benua tu pun tergamam dengan kelab maya kita ini. Seperti rakan kita Redzuan yang dieja sebagai Raduan, Haris juga dieja Abd Kharis dalam ICnya. Jika kta nak buat report polis atau nak tuntut hutang, gunakanlah nama Haris@Abd Kharis. Ha ha.
Bacalah emelnya yang pertama:
Apa khabar kepada semua kawan-kawan ku.
Bila tengok kau orang punya gambar, terkedu rasanya kerana kenangan lama mengimbau semula semasa di Munshi. Aku sekarang kat Johor, di daerah Pengerang. Mungkin aku sorang yang tercampak jauh ke sini. Sebab itulah korang susah nak cari aku.
Mula-mula aku terperanjat bila isteri aku kata ada kawan lama telefon. Perempuan lak tu. Rupa-rupanya Yati. Dia dah kawin dengan orang kampung aku di Melaka. Macam nak nangis aku buka blog Ali bila tengok gambar kau orang. Pertamanya, aku ucap tahniah kepada Ali kerana membuka peluang untuk kita bertemu semula walaupun secara maya.
Tahniah kepada semua rakan yang berjaya dengan kerjaya masing-masing. Tetapi tahniah kepada Basir kerana tetap maintain, tak makan tua. Ni mesti ada petua. Kepada yang dah dapat datuk sama ada datok anugerah atau datuk semulajadi(dpt cucu) tahniah juga diucapkan.
Aku sekarang dah ada anak 4 ( 2 lelaki 2 perempuan). Bini baru satu.Dah tak boleh pun lagi. Baru tiga tahun kena serang jantung. Buat rawatan angioplasty,ribu-ribu juga kena, tapi alhamdulillah tuhan masih panjangkan umurku untuk bertemu dengan kau orang semua. Pada rakan kita yang telah mendahului kita sama-samalah kita doakan roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.
Aku harap kita boleh buat reunion lagi kat Melaka. Kat tengah-tengah. taklah jauh aku nak datang. Buat kat rumah datok Mat Sirat. Tentu boleh sponsor punya. Melaka kan dah kaya. Sory ya tok, gurau aje. OKlah kawan-kawan, nanti kita sembang lagi.
Selamat maju jaya. Ingatlah bahawa kita ni semua dah puuuuuun tua. Setengah abad. Jumpa lagi. Semoga Allah memberkati kita semua.
2 comments:
kharisbahari78@gmail.com
asalamualaikum member semua, masuklah email aku
Post a Comment