Selepas mendengar berita Sawiah, saya pun berehat beberapa jam dari mengadap internet kerana sedih dengan sahabat kita yang pergi selama-lamanya. Saripah Nuri sebenarnya telah memberi respon dalam beberapa minit sahaja selepas berita itu dimasukkan dalam blog ini. Ini emel rengkasnya:
Asssalamualaikum En.Ali.
Menitis air mata saya mendengar berita ni.Teringat peristiwa lama saya, Yati, Sawiah dan Lelee makan nasi di rumah saya di Melaka Tengah berlaukkan Ikan terubok bakar. Masa tu kalau tak silap kita orang ada agenda. Mungkin En. Darussalam ingat apa agendanya. Memang sayalah posmennya dan mohon maaf banyak2 selepas lebih 30 tahun. Nak tahu idea siapa, itulah idea arwahnya Sawiah.
Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya.
Wassallam.

0 comments:
Post a Comment