REUNION TAHUN 2000


Ini ialah gambar mini reunion pada 30 April 2000 di rumah arwah Tajuddin/Juwita di Kampong Kemuning, Tampin. Itulah jasa besar arwah Tajuddin Othman sebelum beliau meninggalkan kita selama-lamanya pada dua tahun lalu. Ramai juga sahabat seMunshi yang hadir di majlis pengebumiannya. Antaranya ialah Suhdi, Shamsudin, Darussalam, Yaakob, Zakaria 6 Sains, Maria, Salmiah dan beberapa orang lagi yang saya tak ingat dah.

Saudara Suhdilah yang banyak menolong Juwita selepas tiadanya arwah Tajuddin dalam menguruskan pelbagai kes berkaitan dengan diri arwah itu.

Hidayah dan Rohana Hashim ada sesekali menziarahi Juwita.

Semalam petang dilaporkan Zakaria Osman berbual panjang dengan Juwita ketika Juwita menghanta anaknya temuduga kerja di Melaka.

Setiap kali bulan Ramadhan, ingatan saya terlalu kuat kepada arwah Tajuddin. Entah mengapa. Ya Allah perkenankan doa kami semoga sahabatku ini diampunkan dosanya, diberi kenikmatan hidup dalam alam barzakh dan dimasukkan ke dalam jannahmu.

Kepada anda semua bacalah Alfatihah untuknya. Amin.

(Klik Gambar untuk lebih jelas lagi: Berdiri dari kiri: Arwah Tajuddin, Ali Maidin, Razak Lajis, Shamsudin Yusof, Darussalam Budin, Mohd Amin Rohani, Yaakob Othman, Suhdi Abdullah dan Mohd Yasin Mohammad. Duduk dari kiri: Hayati Harun, Norsiah Wahab, Juwita Hassan dan Rohana Hashim)

0 comments: