Rohana Hashim, 6 Sastera 1, berasal dari Kg Arongan, Tampin. Rakan-rakan di Munshi yang yang pernah sekelas dengan Rohana ketika di Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sultan Mansor Shah, Pulau Sebang ialah Norizan Mat Tob, Salmiah, Hasnah Mahfiz, Fauziah Hashim, Arbaeyah dan Ramlah. Arbaeyah dan Fauziah joint Munshi lebih awal lagi kerana mengambil aliran sains di Tingkatan 4. Setakat ini kita tahu di mana Norizan, Salmiah, Hasnah dan Arbaeyah tetapi tak tahu di mana Ramlah.
Selepas tamat Munshi pada 1978, Rohana ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Disitulah beliau selalu ternampak cikgu Mohamad Daud yang penuh cerita pahit di Munshi pada 1977 -1978. Ha ha.
Menurut nota Rohana, beliau bertugas di banyak tempat seperti berikut:
1981-1982 : SRJK(C) Peng Min, Gadek, Alor Gajah
1983-1985 : SK Datuk Abdullah, Gemencheh, NS
1986-1990 : SRJK(T) Tampin
1991-1995 : SRJK(T) Convent, Seremban
1996-2003 : SK Mawar, Seremban
2004- sekarang: SK Seremban Jaya.
Apabila melihat nota di mana Rohana mengajar, saya tergelak besar kerana beliau pernah mengajar di SK Datuk Abdullah, Gemencheh. Mengapa? Itulah sekolah rendah saya dari darjah 1 hingga 6 pada tahun 1966-1971. Ha ha. Nasib Rohana tak tau. Jika dia tahu, agaknya hari-hari dia bercakap dengan bayang saya di situ. Wooo.
Puas sudah Rohana mengajar kerana beliau juga mengajar di sekolah Cina dan Tamil. Mesti dia pandai geleng kepala macam Rajnikanth.
Rohana hadir majlis reunion pada tahun 2000 di rumah arwah Tajuddin/Juwita. Pada 1 Feb lalu dia menjadi tuan rumah reunion kita pula. Tima kaceh.
Beliau tinggal di Taman Tuanku Jaafar Seremban, sama dengan Adam dan Rashidah, sahabat se Munshi kita.
Jika Juwita Hassan kehilangan suaminya Tajuddin 2 tahun lalu, Rohana pula diuji suaminya yang mengalami stroke pula yang menyebabkan ganguan kebolehan bercakap. Demikianlah ujian Allah kepada beberapa orang sahabat kita.
Kita doakan Rohana diberi kekuatan Allah swt untuk mengharungi hidup ini dan sukses dunia akhirat bersama suami, anak dan menantu tercinta.
No HPnya 012-697 6897
(Gambar: Rohana bersama suaminya Zahar Epi)
Rohana hadir majlis reunion pada tahun 2000 di rumah arwah Tajuddin/Juwita. Pada 1 Feb lalu dia menjadi tuan rumah reunion kita pula. Tima kaceh.
Rohana merupakan tetamu tetap setiap kali program anjuran Persatuan Ugama Islam(PUI) di Munshi dahulu dan yang saya paling ingat ialah beliau menjadi penjaga masa pada pertandingan bahas sekolah seluruh Melaka yang di adakan di Munshi, dimana PUI Munshi menjadi tuan rumahnya.
Apabila saya pindah ke Munshi dari Jitra, silibus Ilmu Alam Kemanusiaan telah diajar terlebih dahulu disini ketika Tingkatan Enam Rendah. Saya tidak ada nota tersebut kerana semasa Tingkatan 6 Rendah di Jitra, sekolah saya dahulukan paper lain. Maka Rohana membuat kerja percuma dengan menyalin nota tersebut untuk saya. Baik punya orang. Satu buku oii. Sampai sekarang saya terfikir, mengapa tidak dipotostat sahaja nota itu. Kes inilah yang membolehkan Roy dan rakan-rakan sewaktu dengannya melelong cerita lain pula di pasaran Munshi. Sikit pun saya tak marah kat Roy yang melelong cerita ini kerana kalau tak ada cerita baru yang boleh dilelongkan, apa yang Roy nak jual di Munshi tu lagi. Woo. Jangan mare Roy. Gurau aja.
Kini Rohana telah bermenantu 2 orang. Cepatlah beliau menjadi nenek antara kita. Ha ha.Apabila saya pindah ke Munshi dari Jitra, silibus Ilmu Alam Kemanusiaan telah diajar terlebih dahulu disini ketika Tingkatan Enam Rendah. Saya tidak ada nota tersebut kerana semasa Tingkatan 6 Rendah di Jitra, sekolah saya dahulukan paper lain. Maka Rohana membuat kerja percuma dengan menyalin nota tersebut untuk saya. Baik punya orang. Satu buku oii. Sampai sekarang saya terfikir, mengapa tidak dipotostat sahaja nota itu. Kes inilah yang membolehkan Roy dan rakan-rakan sewaktu dengannya melelong cerita lain pula di pasaran Munshi. Sikit pun saya tak marah kat Roy yang melelong cerita ini kerana kalau tak ada cerita baru yang boleh dilelongkan, apa yang Roy nak jual di Munshi tu lagi. Woo. Jangan mare Roy. Gurau aja.
Beliau tinggal di Taman Tuanku Jaafar Seremban, sama dengan Adam dan Rashidah, sahabat se Munshi kita.
Jika Juwita Hassan kehilangan suaminya Tajuddin 2 tahun lalu, Rohana pula diuji suaminya yang mengalami stroke pula yang menyebabkan ganguan kebolehan bercakap. Demikianlah ujian Allah kepada beberapa orang sahabat kita.
Kita doakan Rohana diberi kekuatan Allah swt untuk mengharungi hidup ini dan sukses dunia akhirat bersama suami, anak dan menantu tercinta.
No HPnya 012-697 6897
(Gambar: Rohana bersama suaminya Zahar Epi)
0 comments:
Post a Comment