JUMPA KAWAN DI MINA

Rohana Hashim tuan rumah reunion 1 Februari 2009, Ahad lalu, sudah terkena penyakit "nostalgia". Kini beliau terkenang kesah rakan SeMunshi yang seMaktab dengannya dan peristiwa terjumpa dengan kawan Munshi 78. Ada sikit cerita ala filem P.Ramlee le.

Ikuti emelnya:

Salam Bro Ali,(Meminjam kata Rohaya..)

Ingat lagi tak kawan kita si Jamaliah Yusuf?

Beberapa tahun dulu dia ada datang ke rumah saya. Sampai petang kami berbual, macam-macam cerita. Dia sama maktab dengan saya Bertugas di KL. Tak silap rumahnya di Tmn Melati. Masa tu isu Anwar Ibrahim sedang hangat. Dia suruh sampaikan pesanan pada u lebih kurang begini bunyinya "Wahai En Ali, sekarang ni aku lebih PAS dari awak tau". He he faham-faham sendirilah maknanya.

Saya nak cerita seorang lagi kawan kita bernama Jamaliah juga tapi lupa binti apa. Alahai Ray, takkan u tak ingat adik angkat Kak On tu. Pada tahun 2003 saya mengerjakan Haji. Semasa di Mina, suatu pagi yang indah saya nak ke tandas membawa towel dan berus gigi.Sedang saya menunggu giliran ada suara memanggil nama saya.Dalam hati saya berkata malaikat mana pulak yang memanggil saya. Saya mencari-cari suara itu. Bila saya terpandang dia, terus saya tahu itu kawan lama saya, sebab dia tak banyak berubah. Hairan, dia boleh cam saya walaupn saya banyak berubah fizikal. Kuasa tuhan, di Malaya terus terputus hubungan, tetapi tuhan jumpakan kami di tanah suci...........

Bro Ali,

Ada banyak cerita lagi nak masukkan dalam blog ini untuk ingatan kawan-kawan yang banyak terlupa. Saya pun banyak terlupakan kawan-kawan kecuali ada peristiwa yang tak boleh dilupakan. Macam cerita Mad Daud...he he.

Saya sedang menjejak Fauziah Hashim. Dia pun sama Maktab dengan saya tapi dia junior saya. Faham2lah di minggu orentasi saya buat2 tak kenal kat dia. Kesian dia, jahatnya saya...Rumah maknya dekat taman perumahan saya tapi tak tahu rumahnya yang mana satu. Ray, tolong cari Fauziah ye..

Setakat ini untuk hari ini, jumpa lagi.

Rohana Hashim

Demikianlah coretan Rohana. Ray itu nama panggilan Rohaya Rahmat. Bahasa Mat Salon katakan. Manakala nama Jamaliah Yusof tu masih saya ingat kerana beliau tu lantang juga suaranya di kelas dan dilihat "sikit moden". Ha ha. Nama Fauziah Hashim pun amat saya ingat kerana ada satu cerita lawak yang dia ceritakan kepada saya yang saya masih ingat sehingga sekarang. Woooo



0 comments: