ROHANA SUDAH LAMA DIAMPUN

Emel kedua yang saya terima hari inilah dari adik junior 6 Rendah, Hajjah Zaini Kamarudin. Rupa-rupanya kes deraan oleh Rohana dan Rohaya "dah tutup kes" sejak hari terakhir minggu suaikenal tu. Kira 0-0 kata Zaini. Baca emel beliau selanjutnya.

Salam abang Ali,

Termangu seketika saya bila membaca sedutan blog yang kak Rohana ‘bertaubat’... ha..ha. Wahai kakak-kakak ku.. takkan sampai nak bertaubat kot... Coretan saya tu cuma untuk mengimbau kisah-kisah zaman persekolahan dulu... kisah yang tetap segar dalam kotak ingatan kami, tak sedikitpun menjadi dendam kesumat. Lagipun kan kita dah bermaaf-maafan semasa majlis tamat suaikenal dulu... kira sejak tempoh tu dah jadi 0 : 0 je laa kan.. Jangan risau kalau kita jumpa pun kami tak kan balas balik... kan senior2 semua kira abang2 dan kakak2 kami... so kami yang dikira adik2 ni x berkira sangat laa, asalkan mereka semua tetap mengingati kami.

Macamane pun saya memang respeks suara kak rohana dan kak rohaya.. memang ’power’ masa tu, sampaikan adik-adik yang lain kat tingkat bawah pun kecut hati bila dengar suara dia orang. Agaknya sekarang boleh lagi x buat macam tu.. .. ha.. ha. Jangan ‘pocah anak tokak’ pulak nanti.

Oh ya.. terkejut saya bila dapat tahu Y.B. Datuk Mat Sirat tu kami punya senior.. Saya pernah melihat Datuk Mat Sirat semasa bertugas di Majlis Perasmian Kempen Bumi Hijau di Bukit Katil anjuran Jabatan Pertanian tahun lepas. Saya cuma berkata dengan rakan sekerja saya yang Y.B. ni macam biasa tengok.. ada ke Y.B. ni ‘abang senior’ aku? Kawan saya kata pergi la tanya... ooo.. segan lee.. saya cuma berani perhati dari jauh saja. Rupa-rupanya betul la yang abang ‘Datuk Mat Sirat’ tu kami punya abang senior. Jangan marah Datuk bukan saya dah tak kenal cuma nampak lain sikit... sebab saiz tu dah berubah.. dan agak cerah lagi...

Semoga berjumpa di lain waktu.. salam hormat dari saya.

Zaini.

0 comments: