JAAMAT TERINGAT MARHAMAH

Macam tak percaya, ada lagi nama lagi yang kita sudah terlupa langsung. Tetapi apabila Jaamat Alimat menyebut nama Marhamah yang puteh kulitnya, maka saya pun teringat.

Jaamat akan mencari Marhamah 6 Sastera 1 ini yang dikatakan mengajar di Sek Men Sharifah Rodziah. Anak Jaamat pernah bersekolah di sini dan Marhamah pernah bertanya kepada anak Jaamat "kau ni anak Jaamat ke". Tergelak Jaamat apabila anaknya memberitahu akan pertanyaan itu. Memanglah anak Jaamat kerana "bin"nya Jaamat. Kalau ditanya Jaamat Munshi ke, barulah betul soalan itu. Ha ha.

Cari jangan tak cari Jaamat oi. Malam tadi kami berbual di udara sehingga ketawa macam nak pecah perut bila saya komen anaknya yang sedang mengikuti kursus tahfiz di Mesir. Nak tahu mengapa saya ketawa, taliponlah Jaamat di no 012-6181479.

Menurut Jaamat, sekarang dia sudah ada kerja baru. Kalau tidak kerja beliau ialah dari rumah ke pejabat dan balik semula ke rumah sahaja. Kini dia dah ada kerja baru iaitu membaca blog ini dan blog inilah juga yang menjadi kawan barunya. Ha ha.

Bila Jaamat membaca blog ini, dia tergelak seorang sehingga bininya pun suspen. Walaupun dia bercita-cita besar dan berbadan 190 kg, tetapi tangannya tak gamak nak isi borang permohonan ....sambung sendiri le. Ha ha.

0 comments: