NORSIR MELAPUR DIRI

Norsir Sarip, rakan sekelas 6 Sastera 1, melapur diri hari ini. Bekas Pengerusi Persatuan Ekonomi itu menghantar emel pagi ini dan banyak juga rahsia lama terbongkar. Ha ha. Baca emelnya:

Assalammualaikum w.b.t.h.

Sahabat sekalian.

Rasa terkilan juga tak dpt bersama dlm majlis reunion yang lalu. Itu pun dpt tahu bila baca blog. Harap akan dtg bagi taulah awal....

Aku ni kahwin orang jauh. Kalau cuti dan hujung minggu ada kelapangan balik kampung orang rumah di Bohor Baru,Kuala Bera,Chenor Pahang. Dah nasib badan kahwin orang jauh...pulak tu isteri anak tunggal. Aku, menantu boleh, hantu pun boleh. Madu ia , racun pun boleh juga. Ha ha ha . Menantu kesayangan katakan./

Terasa rindu kepada kawan-kawan 78 memang terasa. Aku kerap juga jumpa Hj Rani, Haji Han dan Yaakob. Mungkin sebab dekat dan satu Jabatan.

Tahniah kerana blog ini dapat aku melihat rakan-rakan dan perkembangannya. Sedih juga ada rakan yang telah mendahului kita....Al Fatihah... moga Allah merahmatinya.

Selepas tamat STPM aku terus masuk Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.

Tahun 1981 aku posting di SMK Datuk Bendahara,Jasin dan bertugas di situ hingga tahun 1999.

Tahun 2000 aku dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Jasin hingga 2008.Mulai Februari 2008 hingga kini dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Melaka di Unit Kokurikulum.

Aku pun tak tahu macamana boleh jadi orang kuat sukan dan koku. Di Maktab aku belajar Pengajian Melayu dan Geografi... tapi bila hari pertama posting kena jadi Setiausaha Sukan Sekolah. Nah kena belajar sukan dan koku pulak...

Kawan yang pernah aku jumpa secara 4 mata... Zaleha, dia pun jadi cikgu aku jumpa di MPPM itu pun waktu aku mengurat makwe aku (sekarang jadi isterimaku). Sekarang ini aku dengar Zaleha di salah sebuah sekolah di Endau Pahang, mengikut suaminya

Jumpa Rosni Hashim di Pejabat Pos Pudu. Masa itu masih bujang tapi dia dah bertunang. Ajak keluar takut tunang marah. Jadi nak jumpa dia bila cuti aku ke Pudu (kebetulan abang kerja di Pudu).

Yang masih aku nak cari makwe sebelah aku Nyaros....sebab aku selalu usik dia. Nak mintak maaf. Maklumlah budak nakal. Banyak dosa agaknya...he he he.

Arbaeyah aku jumpa sekali di Taman Tasik Seremban...dia dgn tunangnye kot... aku pandang dari jauh takut tunangnya prasangka.

Norjan dan Kamariah aku jumpa di Institut Aminudin Baki Jitra. Sama Kursus masa tu , dah jadi mak orang.. alhamdullillah sihat...Kini Norjan di SMK Tun Haji Malek sebagai GKMP.

Yahya Samad di SK Batu Berendam 2, Guru Penolong Kanan 1. Yang lain jarang jumpa. Aku jumpa Juwita pun sewaktu Arwah Tajudin meninggal itu pun hari berikutnya bersama Yaakob dan Rani serta isteri....

Kepada rakan-rakan lain boleh hubungi saya di alamat: JA 6362,Jalan Seri Kelubi 1, Taman Kelubi, 77000 Jasin...Tel. rumah 06-5294935 atau 012-6749151.

Email saya....noorsirsarip@yahoo.com.my.

Kalau ada reunion lagi atau apa-apa perjumpaan atau majlis perkahwinan jemputlah awal. Aku ni kerja tak ada hujung minggu.......

Semoga jumpa lagi.........Tk.

(Gambar: Norsir - duduk di kiri sekali)

0 comments: