Tak perlu hantar ASP Adam atau ASP Redzuan tetapi memadai dengan Mak Cik Saripah Nuri dan Mak Cik Sahara sahaja, maka Zakaria Jaafar dari 6 Sastera 1 terpaksa menyerah diri dengan mengirim emelnya pada petang kelmarin. Syabas Saripah dan Sahara. Ini emel pengakuan Zakaria atas cerita Dr Hanipa tempohari. Kiamat dunia wei:
Assalamualaikum wr. wb, Saudara Ali,
Harap dapat dihebahkan kepada rakan-rakan coretan saya ini. Hari ini saya dihubungi oleh dua orang rakan kita. Yang pertama Saripah Nuri dan yang kedua oleh Puan Sahara yang bertugas di Kementerian Belia dan Sukan.
Terima kasih kerana bersusah payah mencari saya dan minta saya untuk respon dalam blog ini. Saya dah lupa sama ada saya di 6A1 atau 6A2, maklumlah dah lama sangat tinggalkan zaman persekolahan.
Lepas STPM 1978 saya masuk UM. Tahun 2 jumpa Teen. Betullah kata dia tu nasib baik tak jadi cinta monyet. Masa itu semuanya indah. Dia dah cerita panjang pula pasal saya dengan dia. malulah saya.
Lepas graduate tahun 1982 saya sertai perkhidmatan awam dan menyertai Kadet PTD pada tahun 1983. Tahun 1984 saya jadi pegawai penuh PTD dan berkhidmatan di beberapa buah Kementerian. Antaranya MITI, SPR, SPA, Kementerian ini dan di MOF.
Sekarang saya diKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai Pengarah Perancangan dan Penilaian. Saya agak sibuk sikit, kena bekerja 7 hari seminggu. Kalau tak layan sangat kawan-kawan tu jangan kecil hati ye. Salam sejahtera dari saya untuk semua rakan dan semoga berjumpa kembali.
Zakaria Jaafar
Demikianlah cerita rengkas Zakaria Jaafar, Se Felda Hutan Percha dengan Hidayah Bahari dan Norlida Baba. Mengikut Rohana Hashim, Zakaria pun dilanyak oleh cikgu kesayangan kita Mat Daud tu lantaran pakaiannya yang tak kemas pada satu hari. Mat Daud bertanya "engkau ni dari hutan ke". Zakaria Jaafar menjawab jujur, " saya dari Hutan Percha". Mat Daud ingat Zakaria jual temberang dan bertanya kepada kelas "betul ke dia dari Hutan Percha". Bila kelas mengiakan, barulah Mat Daud tutup kes. Entah-entah Zakaria pun tak ingat cerita pahit ini. Kalau tak ingat juga makanlah Examo CKM 500. Ha ha.
Saya tak bersetuju dengan Zakaria dan Hanipah tentang cinta monyet tu. Jika kita sudah di Unversiti, ianya bukan lagi cinta monyet. Melambak yang kahwin ketika di U lagi. Ha ha, awat tak jadi oiii. Hanya Allah dan mereka berdua sahaja yang tahu!!!
No Tel Zakaria : 03-88805191
Untuk Zakaria dan Hanipah dengarlah lagu ni ya...

0 comments:
Post a Comment