Juwita Hassan, 6 Sastera 1, anak Kg Kemuning, Tampin bersahabat rapat dengan Hidayah Bahari 6 Sastera 2 ketika di Munshi kerana menyewa rumah di luar bersama.
Beliau AJK Persatuan Ugama Islam SMMA. Maka ia rapat dengan saya. Habis semua soalan fiqh ditanya kepada saya macamlah saya tahu semua hal. Ha ha.
Beliau berkahwin dengan Tajuddin Othman juga dari 6 Sastera 1. Setahu saya mereka tidak menunjukkan apa-apa minat antara satu sama ketika di Munshi. Tajuddin tidak menamatkan Tingkatan Enam Atas kerana hendak masuk Maktab Perguruan dengan segera pada pertengahan tahun 1978.
Ketika saya di UKM sekitar 1979-1982, tiba-tiba menerima surat dari Juwita. Bukan Juwita nak melamar saya tau. Sebaliknya dia bertanya apakah pandangan saya terhadap lamaran Tajudin terhadapnya. Saya menjadi konsultan jodoh tanpa tauliah pula. Ha ha. Apa lagi saya menyokonglah lamaran Tajuddin itu kerana sepanjang saya dengan beliau di asrama putera, Tajuddin menunjukkan peribadi yang baik. Beliau seorang yang rajin bersolat berjemaah, rajin berusrah, ringan tulang dan tak "loklak" macam saya. Ha ha.
Saya pun tak tahu samada mereka jadi kahwin ke tidak sehinggalah terjumpa Tajuddin/Juwita semula di Gemencheh pada sekitar tahun 1985 kerana Tajuddin mengajar di SK Felda Bukit Rokan, Gemencheh tempat tinggal ibu mertuaku.
Mulai saat itulah saya akan singgah rumah Tajuddin/Juwita setiap kali balik ke rumah mertua untuk minum teh-o dan makan keropok goreng buatan tangan Juwita sendiri. Dari sinilah juga saya tahu bahawa ada lagi geng yang kahwin rakan sekelas iaitu Maria dan Mohd Han Hassan. Sempat juga sekali kami beraya bersama-sama ke rumah Maria/Han di Simpang Bekoh, Jasin. Kan hebat punya kawan tu.
Apabila Tajudin/Juwita membuat rumah sendiri di Kemuning pun saya masih menyinggah sekali sekala di rumahnya sehinggalah datang idea membuat reunion pada tahun 2000. Tajuddin yang menjadi orang kuatnya. Saya sekadar menggalakkannya.
Selepas arwah Tajuddin meninggal pada 3 tahun lalu, saya tetap menjengah Juwita sekaligus melihat kilang mee kuningnya. Ratusan ribu ringgit juga nilai mesin milik Juwita ini.
Suhdi 6 Sastera 2 ada memberi khidmat nasihat perakaunan ketika perniagaan ini dimulakan.
Inilah sebahagian cebisan kesah Juwita yang kini sebagai ibu tunggal menyara anak-anaknya melalui perniagaan mee kuning.
Sesiapa ada kesempatan, ziarahilah beliau.
No HPnya: 019-669 5811
(Gambar: Berdiri dari kiri: Juwita yang pertama dan Tajuddin yang kelima. Klik gambar untuk lebih jelas)
0 comments:
Post a Comment